Monday, December 6, 2010

FREAKY SABTU -.-

Hari sabtu hari tu terjatuh dekat dapur sebab kejar kucing masuk dapur -.- Enak enak aku layan cerita Fahrin Ahmad , kucing tu boleh pulak nak bukak tudung saji kat dapur . Aku menyirap betul dengan kelakuan kucing jiran dua belah rumah aku . Mungkin tuan dia tak bagi makan sebulan sebab merajuk ikan kaloi kat akuarium rumah dia jadi santapan kucing tu . Tapi kenapa mesti rumah aku jadi mangsa ? Mungkin dia nampak petunjuk Amazing Race belakang rumah aku . Aku pulak dah buat gaya Rikishi nak hempap kucing tu . Nasib baik kucing tu ada otak . Dia keluar dengan lagak sopan Ayu Raudhah . Aku pulak terkinja kinja seperti Stacy nyanyi lagu Jahat mengada pergi takut takutkan lagi kucing tu dengan riak wajah babi babyface . Benarlah kata pepatah Melayu , malang tidak berbunyi . Aku terpijak kain lap kaki yang emak aku letak depan gril dapur . Perlahan lahan aku terjatuh sopan ala ala Miss World berbikini . Kat kepala dah keluar bintang bintang siap keluar lagu twinkle twinkle little star . Kepala terasa berkobar kobar eh tak berpinar pinar . Telinga aku sayup sayup dengar lagu Bunkface . Oh adik aku layan Youtube rupanya . Tanpa memikirkan perasaan kakak tercinta yang terjelepuk kesakitan , adik aku terus terusan menyanyi dengan begitu sadis sekali . Lagak nya seperti sedang memasuki pertandingan karaoke peringkat sekolah kategori lelaki kelas satu . 


Dengan sisa sisa kudrat yang ada , aku menggagahkan diri membangunkan diri . Prinsip ' masuk bakul angkat sendiri ' menjadi amalan aku sejak kecil lagi . Eh apa bodoh -.- Dengan gaya dan lenggok suara Maya Karin , aku memanggil manggil adikku meminta pertolongan . Dasar tak reti berdikari . Adik aku membuat muka seperti menahan bau kentut sebagai tanda protes untuk menolong ku . Aku tak berputus asa . Aku merayu pula . Kali ini dengan gaya Tiz Zaqyah dalam cerita Nur Kasih . Adik aku mula lembut hati . Mungkin kerana dia melihat wajah suci lepas ambil wuduk kakak tercinta nya ini . Kaki aku kebas kerana urat tersimpul . Emak aku membebel tak puas hati . ' Sakit sikit pun nak mengada . Bukan kena jantung pun '. Dasar anak kecil -.-


Yang aku tak puas hati , kucing tu bebas tanpa perasaan bersalah . Kalau aku bawak masuk court pun , hakim tu awal awal dah tarik diri . Tak payah aku nak mohon suruh hakim tarik diri macam Anwar Ibrahim . Permohonan dibatalkan pulak tu . Sadis betul . 


* Dah lama tak tulis belog , entri pun macam bodoh . Mohon ampun :)

2 comments:

  1. aku macam kat shout award jea baca blog kau.
    bnyak betul artis durjana yg di sebut di sini.
    HAHA ;D bongok

    ReplyDelete
  2. bhaha . takde idea sial . jatuh macam ikan paus pnya pasal .

    ReplyDelete