Thursday, December 16, 2010

Darjah lima punye kes .

Aku pelik bile orang cakap gune google chrome tak hebat . Eh hello . Fb aku bernafas pun dengan jase google chrome tahu . Mesti lah kau tak tahu kan sebab kau terlalu agungkan mozilla kau tu . Setakat budak budak bace buku teks sejarah tingkatan lima macam aku ney , memang lah google chrome menjadi pilihan utama sebab dia lebih laju dan pantas seperti Watson Nyambek . So , takdelah rase nak makan selipar nak tunggu internet loading yahoo punya page seperti tunggu ayam berak kapur . Nenek aku sikat rambut lagi laju daripada internet . Okay sebenar nya aku tanak cerita pasal benda benda ney semua .


Adik aku yang lelaki yang darjah enam tahun ney , baru dapat henfon baru . Henfon siott peh peh . Aku pun takde henfon siottt . Abah aku belikan sebab dia dapat 5a upsr haritu . Nasib baik dalam contact dia ade name abah , kakak aien , aku , aiman dengan cek baki . Sempat di save nama perempuan , aku gigit siku dia laju laju . Cerita pasal henfon , masa aku darjah lima , aku pengawas sekolah . So , bila jalan tu mendabik dada lah juga . Setiap minggu kitorang diagihkan tugas tugas tertentu . Aku paling teruja bila aku punya turn jage kantin . Masa tu , pada aku kantin boleh dianggap ' kantinku syurgaku ' . Faham faham lah sebab nye . Bila jage kantin pulak , aku boleh keluar kelas 10 minit lebih awal berbanding teman teman seperjuanganku . Mase tu dorang dah siap booking tempat duduk suruh aku jagekan . Disebabkan emak aku didik aku supaya makan jangan merata rata , aku tunaikan jugak hasrat murni dorang . 


Pernah satu hari tu , ada budak laki ney sape tah name dia lupa bawak henfon pergi sekolah . Konon nak tunjuk dia anak orang kaya . Emak dia kerja nurse dekat hospital . Ayah dia pulak kerja arkitek kat KL . Aku syak mak bapak budak ney dah bercerai sebab duduk tak sebumbung tidur tak sekatil . Tapi budak tu selalu menafikan . Disebabkan aku jarang selak buku teks kajian tempatan , aku percaya jela cakap budak tu . Masa tu , dia bawak henfon sony ericson slide punya . Kira kalau budak budak yang stok pendengki macam ammar dengan shazril nampak , dah lame henfon budak tu kena kebas . Mase tu mase rehat , aku tak turun kantin sebab tak bawak duit belanje , kat dalam kelas aku tu ade aku , nadira dengan budak tu tak silap . Lepastu budak tu siap keluarkan earfon cucuk kat telinga headbanging sorang sorang . Mase tu aura setan aku keluar tibe tibe . Aku pergi turun bawah jumpe cikgu ayob . Mengadulah tu konon nya . Lepastu naik kelas aku . Cikgu ayob sergah budak tu yang masa tu tak silap aku layan lagu achik spin . Budak tu dah nampak cikgu ayob , terketar ketar menahan nafsu nafas . Aku kat belakang cikgu dah simpan stok nak gelak kuat kuat time tu . Last last henfon budak tu kena rampas . Budak tu jeling aku kuat kuat . Dia ingat aku mas idayu ? Aku buat muka comel sambil keluar kelas puas hati . Sejak haritu , budak tu dah anti dengan aku . Eh ade aku kesah ? 


Nak carilah fb budak tu , kot kot boleh sambung gaduh lagi . Haha



2 comments:

  1. hahaha , nie baru syok ak bukak je bloggie tgok hand da up-to-date , hoho , bagos pnye sahabat , mcm ni lah baru syg :D

    ReplyDelete
  2. haha . tak retilah i nak update hari hari . haha

    ReplyDelete