Thursday, December 23, 2010

Harimau Hensem .

Ini bukan entri pasal memperkenalkan haiwan haiwan yang terdapat di Zoo Negara yea kawan kawan . Sila hampa .

Tapi aku nak cakap pasal seekor harimau hensem . Weh teruja lah weh .

Tadaaa ,


Harimau Hensem .

Kan betul aku cakap . Harimau ney memang hensem ah kan . Ala , mesti ah korang dah kenal kan siapa harimau ney . Comel jea panggil harimau :'D Kehenseman harimau ney memang telah tersebar luas di pelosok negara . Kegagahan beliau beraksi di atas padang mengakibatkan adrenalin setiap wanita , makcik makcik , gadis mahupun Didie Alias mengalir deras .

Perempuan memang suka kepada lelaki yang bergiat aktif dalam sukan lagi lagi bola sepak . Dorang bukan minat sangat pun nak tengok orang dok sepak bola sana sini masuk gawang GOL ! tu , dorang just nak tengok pemain mana yang hensem pastu tetibe jadi kipas-susah-mati pemain tu . Apa punya perangai ntah . Kepada lelaki di luar sana , sila jadi pemain bola sepak . Nescaya anda boleh berkahwin dengan artis . Tak percaya ?






 

  


Saya lagi seronok .

See ? Dan apa yang sama dengan ketiga tiga pasangan ini , Artis lebih berumur daripada pemain bola sepak kita . Wah seronok lah kan dapat awek / isteri / scandal yang lebih matang kan . :)

Err entri ney dah lari tajuk kot tapi takpe . Belog aku bukan belog Hanis Zalikha pun . Aku dah penat bebel sorang sorang ney , nampak tak kesimpulan nya ? Aku harap korang nampak ah kan sebab aku tak nampak apa apa pun haha . Okay kenapa tak lawak pun -___________-'

Zaquan Adha kahwin dengan Ayu Raudhah agak agak ada siaran langsung tak kat tv3 ? ;)

Cinta Monyet II

Boleh pulak bersambung kan ? Diam ah kau . Sukahati aku ah . Bil elektrik abah aku yang bayar . Okay sambung balik cerita kita :)

Bila dah tahu dia dengan budak KL tu , aku pun macam mengundur diri ah . Yelah , takan nak kejar dia lagi kot . Nampak sangat macam desperate . Tapi memang perit ah kan . Tengok dia happy gila dengan perempuan tu . Ah kau jangan ingat aku nak cakap if dia happy aku pun happy . Happy wak lu . Konon nak berkorban . Satu hari tu , tak silap aku masa tu time peperiksaan pertengahan tahun . Tiba tiba dia call aku . Pukul 3 pagi tak silap aku . Weh apahal kau call aku pagi pagi hah . Aku exam esok lah gile . Tapi aku angkat jugak . Sebab apa pun aku tak tahu . Then borak biasa biasa jea . Tak kan aku nak gedik dengan balak orang kot . Heh .

Mula dari hari tu , kitorang text . Tapi kadang kadang jea . Yea ah , mesti ah dia lebihkan awek dia . Aku ney siapa lah kan . Cuma Gajah Bulu Mata Tebal sobs T.T . Weh penat ah nak cerita pasal dia dengan awek dia tu . Skip ah . Bukan ingat sangat pun .

Dah dup dap dup dap , bulan enam tu aku kapel dengan dia . Tapi macam biasa biasa jea . Dia pun takde lah seromantik dengan awek dia yang budak KL tu . Oh okay terasa babe . Nampak sangat dia tak sayang aku sobs T.T Lepas tu , aku dapat tahu dia contact dengan perempuan lain . Pergh hangin tak ? Hangin tak ? Wa punya hangin memang tahap kaki berdarah termasuk paku karat ah kan . Sakit tak sakit . Tapi dia buat tak tahu jea . Dia ambik jalan mudah . Mintak putus . Ape kea kurang semenggah perangai dia tu ? Huh . Dah dia nak putus , takan aku nak paksa paksa dia lagi terima aku . Dah berkompang bagai , tak jadi ah nak putus . Okay drama samarinda dah selesai .

Lepas benda tu , kitorang jadi rapat ah kan . Dia pun dah tak contact ex dia dan perempuan simpanan dia tu . Tu yang aku tahu ah . Kalau dia ada sorok lagi , tak tahu ah kan . Member aku selalu cakap , lelaki tak pernah cukup satu . Lepastu hasut hasut aku yang apz tu tak setia semua T.T Ape kejam sangat perangai korang ney ? Baling kasut guna ibu jari tahu ah .

Gaduh benda biasa ah kan . Monyet sesama monyet pulak tu . Memang melibatkan pertumpahan darah ah kan . Ha cuak cuak . Ish takdelah tumpah darah pun . Ibu yang mengandung jea ada tumpah tumpah darah ney .  Dia pulak jenis yang tanak mengalah . Aku yang lemah lembik macam jeli tumpah ke lantai ah yang mengalah . See . Siapa yang comel ? Orang yang suka mengalah ney comel tau . Aku tak reka cerita ah . Benda betul tau . Dr Rozmey punya petua tahu . Ha mesti korang caye kan sekarang . Caye ah weh . Penat aku bebel sorang sorang -_________-

Tu jea ah cerita nya pun . Tak best mana pun . Korang mesti rasa tertipu lepastu bebel dekat member ' rugi ah beli tiket wayang 11 ringgit tengok cerita 2 Alam ' . Apa kena mengena nya pun aku tak tahu . Ada lagi ah , tapi takan nak cerita semua cerita celah kangkang kan . Nanti aku hantar nasi kangkang baru kau tahu . Baru kau gagap nak hafal iqra' .

    * Malas nak letak gambar . Harap maklum .

Wednesday, December 22, 2010

Cinta Monyet I

Entri kali ini agak meloyakan tekak , kerongkong , aesofagus malah siku dan hempedu anda . Sila sediakan baldi hitam saiz sederhana untuk muntah . Masa tu tingkatan tiga . Dah masuk sesi pagi . Dah pandai pakai beg Radioactive * padahal memang pakai dari tingkatan satu . Dah pandai pinjam lipbalm kawan kawan . Dah pandai pakai bedak compact bawak sekolah masuk dalam poket . Dah pandai pakai kasut tali . Dah pandai bawak beg ringan sebab letak buku teks bawah meja . Dah pandai bagi biodata kat budak laki wtf . Dah pandai jumpa budak laki bawah tangga bila cikgu mesyuarat tergempar . Sungguh anak kecil waktu itu . Waktu itu ? Kau ingat kau dah dewasa sangat ? -.-'

Mula terjebak dengan kancah cinta monyet ini dengan agak slow . Mungkin kerana faktor fizikal yang kurang ter-lawa ter-cantik daripada kawan kawan sepersekolahan . Mungkin juga sebab lebih suka menghabiskan masa di dalam kelas berbanding melakukan aktiviti luar . Tak nak ah pilih mungkin yang pertama . Mungkin yang kedua lebih besar kemungkinan nya . Menghabiskan masa dalam ayat ini bermaksud tidur . Ya tidur . Aku suka tidur dalam kelas . Aktiviti ini juga berlarutan selama beberapa tahun . Mesti korang dapat bayangkan betapa indah nya alam percintaan . Eh bukan . Alam tidur . Alam tidur lah ! Tapi bukan itu yang aku nak cerita .

Tapi tak nak cerita pasal tingkatan tiga . Tak nak tak nak . Tak mahu tak mahu . Jangan jangan . Nehi nehi . Sebab masa tu rasa loser gila bila bercinta beruk sesama beruk ney -.-' . Sebab apa rasa loser ? Sebab macam poyo jea . Dah lah kapel kat sekolah jea . Kat luar kadang kadang jea jumpa sebab aku dulu baik . Eh sekarang pun baik kan ? * Muntah kat baldi hitam kau tu .

Dah lap mulut ? Okay lets go . Eh apa bodoh -.-' . Okay akhir tahun tingkatan tiga berkenalan dengan Mamat Taiping tu . Ala tahu kan siape ? Yang tak tahu tu pergi baca iqra' sane . Masa kenal tu okay fine dia dah ada awek . Mana boleh kacau balak orang weh . Nanti Tuhan marah . Lagipun cikgu sivik aku masa tingkatan satu selalu pesan . Baca doa sebelum tidur . Mungkin aku ikut nasihat dia , aku jadi seorang yang setia :') Orang kata susah nak setia . Tapi kalau betul betul sayang orang tu , kita dah tak pandang lelaki/perempuan lain . Betul tak ? Partner sendawa pun kita rasa bahagia . Apa yang bahagia pun tak tahu lah . Bahagia sebab partner kita buncit kot ngeh ngeh .

Then aku text jela dengan dia . Okay masa tu aku macam ' ah ape aku kisah kau balak orang , kau dah gedik ngan aku . Aku layan jela . Aku lagi suka . ' Apa punya perangai pun tak tahu lah . Lepastu , dia bagitau dia dah takde pape dengan awek dia . Okay then kitorang pun kapel lah . ( comel nya eja couple jadi kapel ) Tapi tak sampai dua bulan pun sebab aku nak pergi KUSTECH . Dia yang mintak putus . Aku pun cakap ' oh okay fine . pergi lah sana wtf ' . Tapi cakap dalam hati jela . Gila kau nak cakap kat dia . Dah ah dia gangster . Kang tak pasal dia upah orang bunuh aku . Tak pun rogol . Err sayang , awak baca kea ? Hehe :'D

Then aku keluar KUSTECH . Lepastu aku tengok lah update dia dekat Myspace . Oh okay dia dah ada partner baru :') Sedih ? Sedih gila ah wa cakap sama lu . Frust melutut ah jugak kan . Menonggeng belum lagi . Macam tak sopan jea . Then aku macam mengalah ah macam ney . Awek dia masa tu lawa gila siot . Nak banding dengan aku ? Macam Elmo dengan Gajah Bulu Mata Tebal . Kau pilih mane ? Err aku Gajah Bulu Mata Tebal tu -.-'

Suatu hari , tiba tiba rasa nak try another chance . Kot kot berbaloi baloi ( jom pergi kamdar beli kain langsir ) . Tapi hampa gile ah . Dia tak layan aku dou . Ala tau ah awek kau cun tak payah ah nak sombong dan bongkak dengan aku kan . Huh ! Aku cakap dalam hati jea . Suka betul cakap dalam hati . Sixth sense mungkin . Then aku tak tegur dia pun . Merajuk ah konon . Merajuk sorang sorang . Kesian gile Gajah Bulu Mata Tebal ney T.T . Setiap kali aku on Myspace , aku bukak profile dia . Nak tengok dia comment dengan siapa , semua semua tu la . Kesian aku jadi stalker T.T . Dia banyak kali tukar partner . Aku ? Pergh pergh . Rasa nak sembahyang terawikh pun ade masa tu . Sakit hati wa cakap memang gila babeng punya tahap ah kan . Masa tu dia dengan budak KL . Lawa budak tu . Aku nampak dia sayang sangat dengan budak KL tu . Aku macam pergh standing in the eyes of the hell kea ape ntah . Sucks gila dou aku . Sobs * air mata mengalir membasahi pipi

                                                                                 Bersambung .

Friday, December 17, 2010

Laman Sosial .

Mula mula main myspace masa tingkatan tiga . Masa tu pun tengah lepak cc abang tv besar aircond gila sejuk tengok Effy main bendalah ney . Kite yang tak tahu ape ape tahu main chat siber jea melongok tepi Effy -.-' . Then , Effy dengan gigih nya mewujudkan acc myspace untuk kiteee . Seronok tau . Mula mula tu macam ' oh okay nak bace comment macam mana , ape ney nak design layout semua tak reti ' -.-' . Sigh . Akur dengan kelemahan lutut kaki sendiri , meminta bantuan pembuat myspace kiteee :') Lepas tu kitee dah reti . Pembuat myspace kitee dah pergi sana jangan menyibokk . Dasar tak kenang budi .

Then abah dah pasang streamyx kat rumah . Dah tak payah nak susah susah naik motor tengah panas semata mata nak pergi cc abang tv besar aircond sejuk gila . Muka pun boleh berehat daripada bertarung dengan cahaya ultraman . Masa tu rase nak sign in myspace sepanjang masa padahal notifications kitee tak banyak pun . Ade pun daripada orang yang sama sebab friend kitee ade tujuh belas jea . Sigh . Masa tu dah gigih tangkap gambar posing maut tunjuk pipi lembam tembam bersih berkilat -.-' Dah tangkap terus edit kat picnik bagi semua tertipu muka fake . Cuba tengok depan depan hambik kau Whoopi Goldberg depan mata -.-'

Hasil muka fake pipi berkilat , friend kitee bertambah bertolak . Lepas tu kan , ada mamat Taiping tu ngorat kitee tau . Huk eleh ayat poyo gila ngorat padahal just cakap ' thanks approve' -.- Kitee single mase tu so kitee pun dengan muka lepas buat karipap uli tepung bagai , menyambut salam perkenalan . Tapi tak bersalam pun . Abah cakap sentuh orang bukan muhrim , dose . Kitee takut masuk api neraka so kitee tak sambut salam dia guna tangan . Weh apsal geli sangat guna ayat kitee ?  Whose The Fish -.-

Bila dah bosan sikit , dah tanak kawan dengan Tom . Suka tipu kitee . Suka buat kitee keliru . Suke buat kitee nangis hentak hentak kaki kat lantai . Benci tau ! ( Apsal guna kitee lagi ? Tak faham bahasa punye orang -.-') Lepastu , 'mamat Taiping' tu buatkan kitee acc Facebook . Nampak tak ? Nampak tak ? Baru kau tahu aku ney sebenar nya orang zaman batu . Tinggal kat Gua Senyum sana . Weh apsal comel gila guna nama ' mamat Taiping' ?  Kenapa tak guna ' mamat yang add aku kat myspace cakap thanks approve ?' Ataupun , ' mamat yang suka cakap Taiping bandar hujan (raintown) ' ? Ah sukati ah karangan aku bukan karangan kau . Cikgu Bani tanak tande pun . Haha . Orang zaman batu gelak janggal -.-'

Baru rasa trendy , bergaya , sopan santun , masterchef semua bila dah guna Facebook . Kawan kawan pun semua teruja . Semua post ' wah bella dah pandai buat fb yea ' yang lebih kepada ' wah orang zaman batu dah reti keluar Gua Senyum pakai baju Marc Jacobs wtf -.-' ' ' Mamat yang add aku kat myspace cakap thanks approve ' ataupun lebih glamer dipanggil apz sangat berjaya dalam acc nya . Sehinggakan aku malu menjadi In A Relationship beliau yang ada friends dua puluh lima orang jea termasuk adik beradik ku . Usaha tangga kejayaan . Sekarang orang gua ini dah tak malu bila orang tengok acc apz tengok Married to Nabila Mosh . Tekan nama orang gua warna biru tu , bangga sikit bila friends orang gua dah ada ratus ratus . Satu kejayaan di situ . Puak orang gua di Gua Senyum tak dilupakan .

Weh apsal seronok sangat cerita pasal orang gua ney ? Ney mesti sebab lupa tengok cerita Digimon pagi tadi . Okaylah nak ajak puak kitee online Facebook . Byeee

Thursday, December 16, 2010

Darjah lima punye kes .

Aku pelik bile orang cakap gune google chrome tak hebat . Eh hello . Fb aku bernafas pun dengan jase google chrome tahu . Mesti lah kau tak tahu kan sebab kau terlalu agungkan mozilla kau tu . Setakat budak budak bace buku teks sejarah tingkatan lima macam aku ney , memang lah google chrome menjadi pilihan utama sebab dia lebih laju dan pantas seperti Watson Nyambek . So , takdelah rase nak makan selipar nak tunggu internet loading yahoo punya page seperti tunggu ayam berak kapur . Nenek aku sikat rambut lagi laju daripada internet . Okay sebenar nya aku tanak cerita pasal benda benda ney semua .


Adik aku yang lelaki yang darjah enam tahun ney , baru dapat henfon baru . Henfon siott peh peh . Aku pun takde henfon siottt . Abah aku belikan sebab dia dapat 5a upsr haritu . Nasib baik dalam contact dia ade name abah , kakak aien , aku , aiman dengan cek baki . Sempat di save nama perempuan , aku gigit siku dia laju laju . Cerita pasal henfon , masa aku darjah lima , aku pengawas sekolah . So , bila jalan tu mendabik dada lah juga . Setiap minggu kitorang diagihkan tugas tugas tertentu . Aku paling teruja bila aku punya turn jage kantin . Masa tu , pada aku kantin boleh dianggap ' kantinku syurgaku ' . Faham faham lah sebab nye . Bila jage kantin pulak , aku boleh keluar kelas 10 minit lebih awal berbanding teman teman seperjuanganku . Mase tu dorang dah siap booking tempat duduk suruh aku jagekan . Disebabkan emak aku didik aku supaya makan jangan merata rata , aku tunaikan jugak hasrat murni dorang . 


Pernah satu hari tu , ada budak laki ney sape tah name dia lupa bawak henfon pergi sekolah . Konon nak tunjuk dia anak orang kaya . Emak dia kerja nurse dekat hospital . Ayah dia pulak kerja arkitek kat KL . Aku syak mak bapak budak ney dah bercerai sebab duduk tak sebumbung tidur tak sekatil . Tapi budak tu selalu menafikan . Disebabkan aku jarang selak buku teks kajian tempatan , aku percaya jela cakap budak tu . Masa tu , dia bawak henfon sony ericson slide punya . Kira kalau budak budak yang stok pendengki macam ammar dengan shazril nampak , dah lame henfon budak tu kena kebas . Mase tu mase rehat , aku tak turun kantin sebab tak bawak duit belanje , kat dalam kelas aku tu ade aku , nadira dengan budak tu tak silap . Lepastu budak tu siap keluarkan earfon cucuk kat telinga headbanging sorang sorang . Mase tu aura setan aku keluar tibe tibe . Aku pergi turun bawah jumpe cikgu ayob . Mengadulah tu konon nya . Lepastu naik kelas aku . Cikgu ayob sergah budak tu yang masa tu tak silap aku layan lagu achik spin . Budak tu dah nampak cikgu ayob , terketar ketar menahan nafsu nafas . Aku kat belakang cikgu dah simpan stok nak gelak kuat kuat time tu . Last last henfon budak tu kena rampas . Budak tu jeling aku kuat kuat . Dia ingat aku mas idayu ? Aku buat muka comel sambil keluar kelas puas hati . Sejak haritu , budak tu dah anti dengan aku . Eh ade aku kesah ? 


Nak carilah fb budak tu , kot kot boleh sambung gaduh lagi . Haha



Wednesday, December 15, 2010

HAHA aku gelak .

Entri nak gempak habis lah konon nya . Sakai . Okay sebenar nya cerita aku hari ney tak gempak mana pun . Kau ingat aku belogger hebat nak cerita gempak gempak ? Macam lah ada orang nak baca belog picisan aku ney .

Semalam aku pergi lepak KFC Sungai Besar . Kau tak tahu kat mana ? Alah senang jea dunia kan serba moden . Pergi google search taip Sungai Besar . Konfem dapat siap sejarah penubuhan tugunegara semua peta pun ada . Aku pergi dengan kakak aku nombor dua dengan member aku , Effy . Kitorang kalau pergi Sungai Besar memang dalam kotak fikiran kitorang KFC . Sebab apa ? Sebab bangunan dia warne merah . Kedai Kassim urban tu langsung aku tak hadap . Jeling pun takut takut . Sebab abah aku cerita kat situ ade guna pelaris . Tahu pelaris ? Ah tak susah . Jasa google dikenang lagi . Kedai makan tu tiap masa full . Siap ade tv flat 56 inci peh peh . Rumah abang CC yang mase aku darjah lima selalu lepak sana dengan Effy layan chatsiber pun takde tv tu . Kira tv kat kedai tu memang mengundang perasaan ketidakpuashati oleh orang orang kaya Sungai Besar . Aku bukan nak cerita pasal tv ataupun kedai urban ada bela hantu tu . Aku nak cerita pasal segerombolan pemuda pemudi yang tidak berperikemanusiaan . Sila berdebar .

Masa dah sampai depan KFC tu , agak hampa lah jugak sebab dah half full . Selalu nye tak lah meriah cenggini sebab hari selase kan hari kerja . Tapi aku terfikir , oh okay tak semua warga Sungai Besar kerja pejabat . Aku akur . Dah beli semua , kitorang naik tingkat dua . Rasa tak urban lah makan kat depan kaunter . Takut nafsu melantak tak dapat dikawal serapi mungkin . Atau lebih kepada ' weh malu gila makan kat bawah nanti ade orang kenal kita , makan atas lah weh , rasa urban sikit boleh usha usha mamat Sungai Besar tu ' . Mula mula tu bergaduh jugak dengan meja sebab nak duduk situ kea sini . Sini kea situ ? Lepas dah beberape jam ( what the ) kitorang bersepakat membawa berkat duduk kat meja sini ( tak yah pening fikir sini tu katne . Aku tak hebat geografi ) Ade satu meja belakang kitorang ney bising ya ampun . Aku syak budak budak Politech sebab yang lelakinye pakai kemeja , yang perempuannye pulak pakai baju kurung . Tapi tak taulah maybe dorang baru lepas daftar kahwin . Sebab gaya dorang kat meja dorang KFC tu agak buas dan tidak sesuai untuk tontonan umum . Yang umur bawah 13 tahun perlukan bimbingan dan pengawasan mata ke mata oleh ibubapa mereka . Apa yang buas sangat ? Tak lah buas kot saja nak bikin gempak haha . Apsal tak kelakar pun ? -.-' Dorang buat medan selera kecintaan kami ini sebagai tempat photoshoot . Aku syak dorang nak letak kat fb . Yang agak agak tak urban tu , dorang bluetooth kat membe letak kat myspace . Terkial kial jugak aku mengawal pernafasan mengumpat mencarut dengan kakak aku dan Effy . nasib baik perilaku kitorang lebih afdal dilihat berbanding mereka . Eh nak carilah fb dorang kot kot jumpa boleh pakat gelak pastu comment ' weh aku pernah tengok lah korang photoshoot kat kfc ' . Bagi dorang bangga sikit jadi anak Malaysia .

Lepas tu ? Dorang belah dari KFC same dengan kitorang . Then aku nampak dorang naik van buruk kaler kelabu . Siap ade driver tau ! Jeles nyah . Sila tampar . Then kitorang belah dari tempat kejadian dengan perut yang ternyata gembira kepuasan walaupun Effy dapat roti Zinger hangus . Haha .

Tuesday, December 7, 2010

NEW :)

Ada rasa Nur kasih tak tengok belog kite putih melepak semua . Akibat pengaruh belog berjalan tengok belog orang lain cantik maka nak jugak nak jugak tukar layout semua bagai -.- Hasil godek godek template designer , nah hambik kau . Serabut bagai belog kau . Nak menyesal tak sudah tak berguna lagi . Nangis macam anak kecil --'




Dah jenguk jenguk , tak reti nak follow belog aku ? :)

BARNEY :')

Hari ney mood agak berterabur . Nak tulis belog pun tiada idea . Ilmu di dada pun berkurangan hasil makan tidur berak makan tidur berak aktiviti seharian di rumah . Buku ilmuan di pandang serong 45 darjah . Okay dah lari tajuk . Suka hati lah , karangan aku bukan karangan kau . Entri hari ney nak comel comel jea tau . Hafiz Hafiz kesayangan :) Wth -.-

Jeng jeng jeng .






Hafiz Hatim .



Hafiz Rahmat <3



* Lebih teruja menangis melalak menggelak menggedit dengan Hafiz nombor dua :')

                                                   
                                                      I Love You Barney .



Monday, December 6, 2010

FREAKY SABTU -.-

Hari sabtu hari tu terjatuh dekat dapur sebab kejar kucing masuk dapur -.- Enak enak aku layan cerita Fahrin Ahmad , kucing tu boleh pulak nak bukak tudung saji kat dapur . Aku menyirap betul dengan kelakuan kucing jiran dua belah rumah aku . Mungkin tuan dia tak bagi makan sebulan sebab merajuk ikan kaloi kat akuarium rumah dia jadi santapan kucing tu . Tapi kenapa mesti rumah aku jadi mangsa ? Mungkin dia nampak petunjuk Amazing Race belakang rumah aku . Aku pulak dah buat gaya Rikishi nak hempap kucing tu . Nasib baik kucing tu ada otak . Dia keluar dengan lagak sopan Ayu Raudhah . Aku pulak terkinja kinja seperti Stacy nyanyi lagu Jahat mengada pergi takut takutkan lagi kucing tu dengan riak wajah babi babyface . Benarlah kata pepatah Melayu , malang tidak berbunyi . Aku terpijak kain lap kaki yang emak aku letak depan gril dapur . Perlahan lahan aku terjatuh sopan ala ala Miss World berbikini . Kat kepala dah keluar bintang bintang siap keluar lagu twinkle twinkle little star . Kepala terasa berkobar kobar eh tak berpinar pinar . Telinga aku sayup sayup dengar lagu Bunkface . Oh adik aku layan Youtube rupanya . Tanpa memikirkan perasaan kakak tercinta yang terjelepuk kesakitan , adik aku terus terusan menyanyi dengan begitu sadis sekali . Lagak nya seperti sedang memasuki pertandingan karaoke peringkat sekolah kategori lelaki kelas satu . 


Dengan sisa sisa kudrat yang ada , aku menggagahkan diri membangunkan diri . Prinsip ' masuk bakul angkat sendiri ' menjadi amalan aku sejak kecil lagi . Eh apa bodoh -.- Dengan gaya dan lenggok suara Maya Karin , aku memanggil manggil adikku meminta pertolongan . Dasar tak reti berdikari . Adik aku membuat muka seperti menahan bau kentut sebagai tanda protes untuk menolong ku . Aku tak berputus asa . Aku merayu pula . Kali ini dengan gaya Tiz Zaqyah dalam cerita Nur Kasih . Adik aku mula lembut hati . Mungkin kerana dia melihat wajah suci lepas ambil wuduk kakak tercinta nya ini . Kaki aku kebas kerana urat tersimpul . Emak aku membebel tak puas hati . ' Sakit sikit pun nak mengada . Bukan kena jantung pun '. Dasar anak kecil -.-


Yang aku tak puas hati , kucing tu bebas tanpa perasaan bersalah . Kalau aku bawak masuk court pun , hakim tu awal awal dah tarik diri . Tak payah aku nak mohon suruh hakim tarik diri macam Anwar Ibrahim . Permohonan dibatalkan pulak tu . Sadis betul . 


* Dah lama tak tulis belog , entri pun macam bodoh . Mohon ampun :)