Saturday, November 27, 2010

CERITA SERAM

Semenjak dua menjak ney , berterabur cerita seram di television . Di panggung wayang apatah lagi . Aku bukan suka sangat pun layan cerita seram sebab gen penakut yang amat menebal dalam diri . Ntah ikut siapa ntah . Setakat pergi toilet pukul 4 pagi sorang sorang boleh tahan lagi . Bukan macam adik bongsu aku yang perempuan tu , masuk toilet pun tak reti nak tutup pintu . Toilet pulak sebelah ruang tamu . Ape jadah kau berak nak suruh aku cium ? Vavi -________- Patut lah aku semakin lama semakin kurang berilmu . Penangan bau berak dikau menjadi punca utama . Okay sambung balik , orang tv tu pulak mengada nak siar cerita seram malam jumaat . Konon seram lah . Okay memang seram pun sebab orang tua tua cakap malam jumaat banyak hantu . Hantu apa , tak tahu . Yang aku tahu , kacang hantu banyak la melepak depan simpang masuk taman rumah aku .


Cerita seram yang paling aku suka layan cerita seram korea . Seram dea lain macam sikit . Bagi jenis jenis yang penakut macam aku , boleh bawak mimpi . Silap silap boleh demam . Kalau layan cerita seram masa petang , boleh tahan lagi . Kalau layan time malam , peh ! Silap silap boleh mengigau . Tapi aku takdelah sampai mengigau sebab aku berjiwa kental . Tapi kadang kadang kakak aku cakap aku mengigau time tidur . Tak tahu betul kea tak sebab cakap kakak aku ney bukan boleh caye sangat . Tapi kat astro selalu siar cerita Indon . Tak urban langsung layan cerita seram Indon . Tapi ada gak yang boleh bawak mimpi . Setakat cerita pocong pocong tu , baik aku layan Akademi Al Quran . Berfaedah sikit aktiviti malam aku . Satu malam tu , aku dengan mak aku layan cerita Beranak Dalam Kubur . Tengok tajuk dah tak logik , cerita apatah lagi . Konon seram . Dah lah hantu nye asyik nak muncul jea . Kalau aku yang kena kacau dengan hantu tu pun , aku naik bosan sebab hantu tu asyik muncul jea . Celaka betul cerita tu . Langsung tak merangsang deria penakut aku .


Masa aku Form 1 dengan Form 2 , aku duduk hostel . Konon nak berdikari . Masa mula mula masuk time Form 1 , senior selalu cerita kat kitorang cerita pasal hostel tu . Konon nak bagi kitorang takut . Dorang tak tahu kea aku ney anak muda berjiwa kental . Masa tu malam sabtu , kitorang tak study . Aku dan kawan kawan ku melepak kat bilik study nak main carom . Bilik study kitorang bersebelahan dengan surau dan bilik kosong . Bilik kosong ney nama nya bilik E tapi dikosongkan . Tengah asyik bermain carom , budak budak Form 2 join kitorang main carom . Lepas tu , entah siape yang tanye kat budak Form 2 tu , ' kak , kenape bilik E tu tak gune eh ? Kunci pulak tu ' . Lepas tu , dorang pun pakat cerita , ' bilik E dikunci sebab ada budak mati bunuh diri dulu .' Masing masing terhenti main . Buat muka cuak telan air liur macam tercekik buah mengkudu . Lepas tu , papan carom terus terabai bile masing masing duduk dekat dekat nak dengar cerita dengan lebih lanjut .


Cerita I
Konon nya , masa dahulu kala , asrama puteri B yang kitorang huni masa tu , asrama lelaki dan perempuan . Means ada dua blok jea masa tu . Blok aspura dan blok aspuri .Surau dan bilik study kitorang masa tu dahulunya merupakan Dewan Makan asrama . Makcik dewan makan tu pulak ada anak dara lingkungan belasan tahun . * okay dah jadi ayat karangan bm . Nak dijadikan cerita , ade sorang budak aspura ney bermadu kasih dengan anak dara makcik DM ney . Lepas tu pulak , anak dara makcik DM ney terlanjur dengan budak aspura ney . Tapi dah nama pun lelaki , mana budak aspura tu nak bertanggungjawab . Disebabkan kecewa dan perut pun makin membesar , anak dara makcik DM tu bunuh diri dalam bilik E tersebut . Macamana dea bunuh diri , aku kurang pasti . Tapi , ada jugak yang cerita versi lain . Kitorang yang masih berjiwa mentah dan minda tipikal asyik nak balik rumah jea , mengiakan sahaja cerita cerita budak senior . Pengalaman aku masa kat hostel , tak banyak pun yang seram . Tapi banyak la cerita cerita yang memang serammenggigilcuaksiotnakterkencingpunada .


Cerita II
Masa tu , Shy dengan Shana nak sahur ( puasa ganti ) , dorang mengambil keputusan nak sahur dekat dataran . Dataran tu kat tengah tengah dorm kitorang . Masa tu dorang sahur berhadapan dengan Dorm A . Tiba tiba pintu Dorm A terbukak . Tiba tiba ... ( mulakan karangan anda dengan ayat tiba tiba ) . Hepp tipu jea .Tiba tiba dorang ternampak lembaga seakan akan pontianak betul betul menghadap dorang . Dah nampak benda tu , takan dorang nak main guli pulak . Dorang terus berlari kuak lintang masuk Dorm dorang . Lepas tu heboh la yang dorang nampak pontianak . Malam esok nya , budak budak Dorm A pakat pakat tidur berpasangan .


Cerita III
Benda ney jadi kat diri aku sendiri . Masa tu lepas cuti raya . Lepas cuti raya ney , macam macam benda jadi kat hostel . Konon nya satan satan ney nak lepas geram sebab dah sebulan kena ikat masa bulan Ramadhan . Masa tu , aku terbangun sebab nak terkencing . Aku usha jam besar yang terletak kat dinding Dorm B . Jam tu menunjukkan tepat jam 4 pagi . Mula mula tu , aku niat nak tahan jea sebab lagi 2 jam jea lampu bukak . Tapi pundi kencing aku ney degil betul . Mengada nak mengeluarkan air kencing secepat mungkin . Lantas aku beranikan diri turun katil . Then pergi katil Lilo ajak teman tetapi hampa . Aku kepit kaki aku sebab dah tak tahan dah . Aku kejut lagi dua tiga orang member aku tapi haram jadah dorang nak bangun . Ah aku tak kira , takde member aku tanak pergi tandas . Lantaklah nak terburai kat sini . Aku bermonolog dalam hati . Last last aku kejutkan uya . Mula mula uya pun macam haram tanak bangun . Aku smackdown siku dea baru dea bangun . Rupa rupanya uya pun nak pergi toilet tapi takut . Sia sia betul usaha aku bangunkan member aku yang lain tadi . Aku dan uya dengan pantasnya menuju ke toilet yang berdekatan dengan dorm kitorang . Lepas dah Ahh ! lega , kitorang pun borak borak gelak gelak teringatkan peristiwa nak pergi toilet sebentar tadi . Bila kitorang melangkah kaki nak keluar toilet , tiba tiba terdengar bunyi anjing menyalak dalam dorm E . Dorm E ney betul betul depan toilet . Anjing tu menyalak bukan main kuat lagi . Aku terpikir , ape jadah anjing boleh masuk hostel ? Tanpa membuang masa , aku dan uya lari sepenuh hati . Masuk dorm hempas pintu siot sebab cuak gila nak tidur pun menggigil tak boleh tidur tutup muka guna selimut sampai pukul 6 pagi . Malam tu , kitorang kena panggil dengan Ketua Dorm ( KD ) . Dea tanya kitorang kea yang lari masuk hempas pintu pagi tadi . Kitorang angguk sambil buat muka budak kecik aiskrim terjatuh . Lepas tu , KD cakap dea pun dengar anjing menyalak tu . Dea ingatkan kitorang pergi tengok . Ape jadah budak penakut macam aku nak pergi cek bendalah tu ? Lepas kejadian tu , setiap pagi pukul 4 tepat , mesti aku terjaga .

3 comments:

  1. gila gigih kau type blog pnjang mcm ni. nseb baek kelakar, aku gelak mcm burung punai kat sini. haha! rindu doh ngan aspuri B ;) masuk sama ngn kau. macam haram jea prangai dulu. haha.

    ReplyDelete
  2. apa gelak ? cerita seram kau kena seram lah . grrr . oh bukan time form 1 dulu aku nerd kan ? pakai kasut jonny and jenny . bhaha * sumpah tipu

    ReplyDelete
  3. hahaha , seronok membace :D yg cerita III kau tuh , ak pnah lalui plak , grr , sumpah tu first time ak kneduh -____-'

    ReplyDelete