Thursday, June 2, 2011

Cutititi (:

Okay , let's start with some cookies and maggie and nasi ayam and asam pedas . Dah diam

Jyeah , dah cuti dah pun . Bebas . Seperti burung terbang di awan . * menjerit halus . Feel aku sekarang ni rasa macam dah habis spm . Buku rujukan semua aku pandang sebelah mata . Nak sentuh pun aku fikir tiga empat kali .Bingkisan cuti ? Dipandang sepi . Dua minggu cuti , dua minggu ni lah bingkisan segala tu terletak elok di atas meja belajar . Serius tak bergerak langsung . Aku nak sentuh pun rasa sayu . 

Malam before cuti , aku dengan member-2 dok lepak bercerita tentang masa depan . Ceh tak tahan . Ape kau ingat kitorang ni reti bergosip jea ? Kitorang selalu berdebat hal duniawi tahu . Hal pasal kes liwat Anuar Ibrahim pun kitorang selalu bincangkan . Rata-ratanya lebih memihak kepada Anuar Ibrahim . Aku ? Er tanak join lha benda-2 macam ni . Aku budak lagi . Fikiran pun mentah . Muka pun comel . * blushing

Sebenarnya atas ni mukadimah jea . Panjang lebar bagai . Bak lempang sikit . Hihi . Nak cerita tapi dah lupa so abaikan jea . Nanti dah ingat aku update lha yang baru . Biasalah , melayu kan mudah lupa .


Ha bak sambung balik cerita tadi . Tengah syok-2 pungpangpungpang , member aku tanya cuti ni nak buatpe .Rata- ratanya membuat keputusan hendak bekerja . Nak cari duit katanya . Dah tu , dorang tanye aku pla , aku cakap jea lha yang aku nak makan tido berak jea kat rumah . Nak kerja , tapi aku bukan reti buat kerja pun . Bukak dapur gas pun menjerit lari-lari sambil nangis T.T Kalau aku cakap kat mama aku nak kerja , boleh kena gelak setahun tanpa henti . Bagi aku , kalau kena gelak dengan family aku same macam aku berlari bogel kat dataran merdeka enam pusingan sambil main hullahoop -,-'


Daripada aku bekerja memenatkan badan , baik aku berbakti untuk mak bapak aku . Dapat gaji dan yang penting dapat pahala . Alah , kalau buat kerja siket nak upah benda biasa lha tu kan . No money no talk kate orang muehehe . Kalau dah rase-2 macam poket kering , dompet pun macam dah tak berbakti , aku akan tanye kat abah ade ape-2 kerja tak nak suruh aku buat . Boleh pla abah bantai gelak kan aku sebab nampak sangat aku desperate nak duit . Ade kea patut gelak kan aku . Daripada die gelak kan aku , better die kasi aku sepuluh ringgit . Boleh bantai dinner plate hihi . 


Andd , cuti ni banyak dihabiskan masa dengan tidur . Yayaya , budak hostel macam aku ni memang mencintai tidur . Kau harus faham . Even mak aku pun dah faham . Kalau aku tidur jea mesti dia cakap ' budak hostel macam ni lha gaya nya , tidur jea memanjang ' . Cara mak aku cakap secara tiba-tiba merangsang deria pernafasan aku dan lebih menggalakkan aku terus tidur dengan gigih sekali .Aku amat menghargainya . Terima kasih emak kerana memahami anak mu yang gigih ini . Then , bangun tidur jea kalau tak bukak tudung saji , bukak laptop . Ini jea lha rutin harian aku . Nampak macam cool jea kan hidup aku . Tak , tak cool langsung sebenarnya . Rasa nak lempang dahi dan kunyah nasi laju-laju . 


Bila dah rutin seharian aku dah memang tak cool , memang akan merangsang deria keenam aku . Maksud aku , jerawat . Yah , dia ni memang suka betul datang time-2 aku exam . Dan itu memang tak cool langsung . Cuba kau bayangkan , pagi-2 bila kau bangun menggeliat dan buat muka comel , tiba-2 bila kau hadap muka kau depan cermin , rasa nak tampar kucing kat sebelah . Lepastu , bila kau nak picit sebab dah geram tahap dewa , memang sakit nak mampos meleleh ayaq mata ayaq hidung . Aku paling tak suka picit jerawat . First , sebab ia akan meninggalkan kesan . Second , sebab aku berharap sangat dia akan pecah sendiri dalam cara yang tak menyakitkan . Contohnya , bila aku bangun tidur jea , jerawat tu dah pecah masa kau gomol-2 muka kau kat bantal or katil sebab kau tidur gaya ultraman . Lepastu , aku akan buat muka bahagia dan gigih bercampur baur sebab jerawat dah pecah dan tak rasa sakit . Tapi jerawat tu still tinggalkan parut blergh . Memang nak ambil kertas pasir kat makmal kh sental kat muka kasi licin . 




Dah tu , bila dah tahu muka awokk tu berminyak , berjerawat , bertompok hitam , berjeragat segala bagai , lagi nak ambil mudah . Kat rumah memang malas gilaa nak cuci mukaa . Sehari sekali jea aku cuci muka . Itu pun sebab time tu aku mandi . Masa yang selebihnya , hambek kau muka berlemuih minyak boleh buat goreng ikan -,- Kesah hape aku . Takkan nak kelua rumah ambik surat pun nak pakai mosturizer segala bagai . Yang tu memang tak cool . Yang tu mintak penerajang jea gaya nya . Tapi bilaa aku ambik mudah pasal muka aku , takde pla jerawat nak hello-2 . Maybe tersumbat dengan minyak masak kat muka ni haa kihkih . Okay tak kelakar -,-


Oh , time tengah tulis entri ni , mata sakit gila -,- Tak payah lha kau nak tahu sebab apa . Bukan kau boleh tolong menanggung kesakitan aku ni pun . Esokk nak keluar . Mata pulokk cenggini . Blergh , memang ape pun tak boleh . 




Saturday, May 14, 2011

REFRESH

Assalamualaikum . Lama tak menulis . Kebas bontot apabila hendak memulakan penulisan . Ayat dah macam bodoh . Sila lempang . 


Exam . Penat . Soalan susah . Mengantuk . Tidur lewat . Bangun awal . Bajet study . Otak krem . Maggi imissyou . Nasi ayam . Lappy . Arghh .


Kau faham tak perasaan di mana kau terpaksa tinggalkan semua benda yang kau dah jadikan macam darah daging kau . Masa kau rindu semua benda tu , mesti kau rasa macam nak menangis kan ? Eh bukan macam , memang menangis . Sama macam aku . Tahun ni , aku terpaksa berkorban . Argh . Tensi . Faham tak ? Oh God -________-


Bila benda-benda yang buat aku tensi muncul , aku cukup bengang . Bukan bengang macam bila kau order teh ais kau dapat milo tabur . Ataupun bila nasi lemak kat kantin makin mahal padahal ikan bilis sikit nak mampus kedekut haktuih . Ini bengang tahap dewa . Tak , bukan Dewa19 . Biasanya , aku akan melampiaskan perasaan bengang aku terhadap benda-benda yang tak bernyawa . Baru kurang perasaan bersalah . Sebagai model , henfon . Yes , aku memang jiwa hardcore . Campak henfon ke dinding bukan perkara baru dalam kamus hidup aku . Dan disebabkan jiwa hadcore aku ni , henfon aku selalu cedera . Maafkan diriku .


Bila exam tiba , rasa macam nak kunyah buku cicah milo panas . Oh tak , tak nikmat langsung kau tahu . Mungkin kau akan sembelit . Paling kurang pun kentut kau tersepit . Pergh , memang tak nikmat . And yeah , bila otak dah macam haktuih , kau nak menjawab soalan pun dah tak nikmat . Oh post aku harini banyak cakap pasal nikmat . Abaikan . 


Paper BM : Dammit aku memang bukan sasterawan negara nak buat ayat berbunga-bunga . Straight to the point . Memang tak serabut . Aku tahu kau orang sempoi . Dan aku harap cikgu aku pun begitu juga .


Paper BI : Aku bukan Enid Blyton . Mahupun Kate Middleton . Aku hanya insan biasa . Maafkan pelajarmu , guru . I am such a jerk -_________-


Paper Math Mode : Paling lemah menggunakan otak kiri . Sistem saraf tersangkut . Jalan kira hampas . Maaf sekali lagi .


Paper sejarah : Aku bukan ahli arkeologi . Aku tak hebat macam Imhotep . Aku tahu kau yang buat Piramid . Dan aku bangga dengan kau . 


Erk , baru empat paper ? Dammit . Menangis T.T


* Nak drop addmath boleh tak ?

Friday, April 15, 2011

Saturday, March 5, 2011

No Title .

Sebenarnya dah malas nak update belog . Sungguh ! Sebab aku rasa dah tak ade benda nak share dengan korang . Aku dah lha jenis yang tak reti nak bercerita kat orang . Better simpan dalam hati jadi jeruk pelam -,- Tapi-2 , pagi tadi , 'dia' text aku suruh refresh belog . Demn seriously terkejut dia text aku . Tapi cuma suruh aku refresh belog ? Sungguh mendukacitakan -,- Weh apa berharap ini . Dah diam -_______-

Oh . Sekarang aku budak hostel . Yes ! Budak hostel yang korang selalu kesiankan sebab tak tahu berita semasa , jalan-2 kat pekan pakai baju batik hijau lari lari gedik masa melintas jalan depan guardian , selalu tidur dalam kelas dan so on (sigh) Well , aku dah biasa stay hostel so takde ape yang nak diterujakan sangat lha . Oh ada satu yang aku teruja . Homework aku selalu siap . Haha :'D Big clap fer me . Satu pencapaian baru untuk aku . Oh lupa nak tulis kat diari . Kejap nak tulis haha :D

I love being hosteller than outsider . Kenapa ? Sebab saya ada kawan kawan di samping saya . Weh , asal ayat gelimat sangat ? Jap nak makan kuaci . Oh , kuaci adalah salah satu barang yang dilarang dibawa masuk ke dalam hostel . Serious oh . Dalam buku peraturan ada tulis weh . Kenapa ea ? Mungkin takut budak budak clumsy macam kitorang yang jenis tak reti baca bismillah sebelum makan , tercekik biji kuaci masa syok-2 tengah sembang pasal rambut dR Rozmey . Oh itu kemungkinan besar . 


Well , serious dah tak tahu nak bebel apa . Oh , emak tadi pesan sebelum tidur habiskan nasi dengan lauk . Okay babai .