Saturday, October 30, 2010

malas lah gila -.-

sebenarnya malas gila nak update belog . huh takde idea nak tulis . kepala otak dah beku -.- tapi update jugak sebab takde aktiviti nak dibuat huh . gila bosan kat rumah nak ajak kawan keluar takde kawan isk . maka memerap badan sampai lemau kat rumah . tadi emak bising sebab meja belajar bersepah maka mengambil keputusan mengemas meja belajar . nampak sangat aku tak belajar sebab meja belajar tu dah jadi macam meja pelbagai guna . aku tak suka belajar kat meja belajar tapi atas katil . sebab apa ? bila dah rasa bosan hadap buku , terus tidur tanpa perasaan bersalah haha bijak kan ? praktis lah di rumah pasti anda berjaya macam aku haha . kalau korang percaya sumpah bangang -.-


okaylah nak main the sims . bye bye .


                                             Rindu awak lagi :(

Friday, October 29, 2010

alone

alone means sunyi . faham ? tak faham apa susah google search jea heh . seriously , nak sangat orang tu teman aku . tapi orang tu busy sangat kot sampai aku text orang tu banyak kali satu pun dea tak reply -.- sumpah sebak nak menangis :'(  




 *awak , reply lah text saya ! sampai hati awak biar saya sorang sorang isk . 




                                   Saya Rindu Awak ! :(



ketika aku kecil :D

bukak laptop on wireless login facebook dan belog kesayangan dan tidak ketinggalan bearshare terhebat . dengar lagu Ketika Aku Kecil dan tiba tiba teringat kenangan masa kecil aww manis sungguh :) masa kecil dulu takde ramai kawan isk . ada dua orang jea nak kawan dengan saya dua dua lelaki , Ahmad Hakimul Asyraf dengan Muhammad Azmin . saya suka kawan dengan mereka . mereka selalu bawak makanan masa kitorang main sama sama supaya apabila dah penat main bersama , berkelah pula di bawah pokok jambu depan rumah saya . manis sungguh :) saya tak suka kawan dengan perempuan kawasan perumahan saya , sebab dorang gedik nak main masak masak jea , tak pun main kahwin kahwin . heh aku budak lagi tidak tahu menahu pun pasal alam perkahwinan jadi mengapa perlu dipaksa berkahwin dengan orang yang mereka pilih ? amat tidak adil -.- . budak lelaki nya pula amat selekeh , hingus meleleh . bayangkan . bayangkan sekarang . tetapi , mereka berdua lain , mereka amat sempoi dan suka buat kelakar sampai saya gelak guling guling . malah , mereka amat comel tahu :') budak perempuan taman saya selalu jealous dengan saya sebab dorang nak main dengan saya sahaja tak nak main dengan perempuan lain sebab saya dah hasut dorang cakap budak perempuan tu semua gedik haha . tamak sungguh saya .

Ahmad Hakimul Asyraf . saya panggil dea Bobo sebab apa entah lupa . dea comel , pipi tembam , muka putih dan panggil saya gemok sebab masa kecil saya tembam . cuba bayangkan saya tembam -.- saya tembam pun salah dea jugak sebab selalu ajak saya makan sama sama bawah pokok jambu umi dea masak sedap gila woh . masa kecil saya agak kelelakian , mungkin kerana abah nak sangat anak lelaki tetapi dapat saya maka hampa . saya tak suka pakai skirt , baju perempuan segala . bila main dengan Bobo saya selalu pakai seluar pendek dan t shirt maka hasil nya seperti sekarang -.- kitorang selalu panjat pokok jambu sebab buah jambu masak dengan ranum nya , maka menjadi mangsa kami . dah petik jambu banyak banyak , mintak dekat emak sambal kicap sebab nak makan dengan jambu . sedapnya meleleh air liur . okay dah lap air liur meleleh -.-

Muhammad Azmin . muka dea putih sangat , mata dea sepet sebab mix chinese . saya selalu suruh dea pakai cermin mata sebab mata dea macam takde mata putih --' saya lagi suka main dengan Bobo daripada Azmin sebab Bobo lasak . bila kitorang main kasar kasar , main kotor , Azmin tak ikut sama sebab dea hati halus . dea sangat cengeng . bila terjatuh dan terluka sedikit , pasti berlari lari sambil menangis mengadu kat emak dea . menyampah sungguh . nasib baik awak comel :') kalau tak mesti saya dah pulaukan awak pastu cari kawan lelaki baru yang lagi comel haha . tapi Azmin best sangat sebab dea anak orang kaya , so kalau dea pergi mana mana mesti dea belikan cenderamata untuk saya . Azmin ada bagi key chain China sebab ayah Azmin chef kat kapal so bila ayah dea balik , Azmin dapat mintak macam macam jealous betul -.- tapi key chain tu dah hilang masa nak pindah isk . 

bila darjah 3 Bobo pindah Sungai Besar . kitorang dah tak dapat main sama sama lagi isk . bobo cakap ' takpe Azmin kan ade ' . Azmin tak same dengan awak lah Bobo isk . dulu saya amat kuat maka tidak menangis bila Bobo pindah . setiap petang dah tak keluar rumah hitamkan muka lagi . seminggu lepas itu , saya pula pindah sebab abah jadi warden asrama . isk semua kawan saya dah tiada di sisi -.- . sampai sekarang saya rindu awak berdua tahu . dah lama gila tak contact isk . haritu ada pergi pasar malam ternampak Azmin . awak dah tak comel , awak handsome :) mata awak masih kecil macam dulu . saya pandang awak tapi awak tak pandang saya -.- mungkin awak tak kenal saya sebab saya dah tak tembam macam dulu . isk .

sekarang , kawan lelaki saya ada satu sahaja , Mohamad Hafiz bin Rahmat :) 


Thursday, October 28, 2010

-.-


I Miss You Buncit :(

* sebab apa panggil buncit ? sebab dea panggil aku gemok . Si Gemok sayang Si Buncit :)

sick itu sakit .

ya semenjak dua menjak tiga menjak ini , badan aku rasa tidak selesa sungguh . lebih lebih lagi di bahagian kepala . sakit kepala memanjang haih . mungkin sebab terlalu sesak ilmu di kepala ini sampai tidak mampu di tanggung heh . dekat sekolah okay jea tapi bila dah balik rumah mula lah sakit kepala tu datang menyerang . semalam sangat parah hingga menangis nangis macam budak kecil -.- . kerana itu tidak menulis belog isk . emak dah bising bising suruh telan panadol . emak , dah sepapan anak mu telan panadol tu tahu isk . selepas habis cerita Chinta terus ketiduran . kena jugak tengok cerita Chinta kerana Adi Putra sangat terlampau amat sungguh kacak ngeh ngeh . lihat lah bagaimana taksub nya aku terangkan kehandsomeman beliau ini kerana aku minat gila kat beliau woh . Rasul Iman nama diberi sungguh menarik eh eh nak jugak lah nama itu letak kat anak ahaks berangan terlebih --' eh apa ini sudah lari tajuk . biasalah tu kan heh . selepas tamat cerita Chinta terus lompat atas katil bergomol bersama bantal busuk tersayang :') niat di hati hendak tidur sebentar sahaja kerana hendak menstudy Physics tetapi terbangun sudah pukul 12 malam oh sudah terlajak perahu boleh di undur meneruskan ketiduran maka tidak menstudy Physics --'


oleh yang demikian , menjawab kertas pagi tadi amat mendukacitakan . menjawab soalan seperti beruk mendapat bunga -.- sangat tension dengan keadaan di atas dan terus menangis dalam hati T.T oh pagi tadi ada perempuan ini perangai sangat menjengkelkan . sabarlah hati -.- harap jea budak form 6 , tapi perangai macam budak form 1 heh . pakai tudung pendek nampak tali bra , stoking pendek nampak kaki hitam bulu , pakai celak dan segala lagi . dan yang hairan nya perempuan ini seorang PENGAWAS ! percaya tak percaya tak ? tak percaya pergi basuh kaki dan muka anda , nak isi perut pun boleh , pastu baca belog aku balik sebab memang betul lah kenyataan itu . mungkin beliau rasa beliau paling tua dan paling besar , ya PALING besar okay , maka beliau berkelakuan seperti demikian . okay cukuplah menambah dosa untuk hari ini . nanti nak kutuk puas puas dengan Gee then gelak kuat kuat sampai lebam haha .


esok paper Chemistry nak buat betul betul sebab nanti pasti menyesal if dapat result tak elok isk --' pastu dah menyesal nanti barulah emak bersuara ' baru nak menyesal ' heh dah biasa kot menyesal menyesal ney . mula mula jea menyesal pastu dah okay boleh gelak gelak dan main the sims puas puas seperti tiada apa berlaku . vavi . sabtu ney pergi Lumut yeyeh abah bagitahu haritu sebab ada ape entah tak dengar penerangan selanjutnya sebab dah teruja lompat lompat sampai terhantuk siling . sumpah tipu . tapi mesti tak best sangat sebab tak ada Kak Aien sama :'( kebiasaan nya kalau keluar bercuti mesti best sebab Kak Aien ada sama so nanti boleh jalan sama sama gelak sama sama then Kak Aien boleh tolong pilih barang . rindu semua itu :') sekarang Kak Aien dah jauh dah jarang membuat aktiviti bersama . rindu Kak Aien :') sekarang bila keluar dengan family pun jalan sorang sorang , gelak sorang sorang pastu pilih barang sorang sorang seperti orang takde harapan isk -.- nanti Kak Aien balik dah tempah dea dulu nak pergi tengok movie sama sama :') nanti jangan cakap ' nak keluar dengan kawan aku lah , esok lah ea ' sumpah tak nak dengar luahan hati kau lagi T.T 


rindu awak jugak Muhd Hafiz :)

Tuesday, October 26, 2010

asam pedas

seperti biasa , balik sekolah tak pandang kiri tak pandang kanan pandang depan jea memanjang terus berlari lari bersama anak ke meja makan . woh berlari lari bersama anak ? terbayang bila dah ada family nanti berlari lari dengan anak comel sungguh :') dah start merepek dah heh . okay berbalik kepada tajuk di atas , bukak tudung saji dan tadaaa , emak masak asam pedas woh lama gila tak makan woh terubat rindu :') buat seketika , melupakan tentang kejadian di sekolah . huk eleh padahal takde ape pun kat sekolah cerita nak gempak boo . cuma menjawab kertas lukisan kejuruteraan dengan penuh sucks  prihatin dan masih mampu tersenyum -.-  apa ini cerita pasal makanan perut dah lapar balik . okay lah nak isi perut haha jangan nak mengade . nak tulis belog dulu lah baru makan lagi :) nak makan mestila gembira nampak aku senyum sampai telinga ? jangan nak tipu mana boleh senyum sampai telinga gila lebar mulut kau -.- okay cukuplah merepek .


seperti kebiasaannya , pulang dari sekolah masuk bilik capai telefon bimbit (comelkan panggil telefon bimbit) dan terus text buncit . tapi hari ini tidak kebiasaan kerana telefon bimbit kehabisan kredit . ha kau dah pandai bace belog aku topup kan la . sumpah serius eh tak tak gurau jea mesti kat kepala otak korang ligat berfikir pisau cukur la perempuan ney jom belah dari belog dea eleh macam aku kesah . grr rindu gila kat Muhd Hafiz . rindu kena jugak bunyik grr kalau tak tak rindu . nak keluar pergi tambah nilai gila panas kat luar tak jadi la . eleh konon nak jaga muka -.-  emak pun tadi dah marah sebab nak keluar panas panas takut aku sakit la tu alolo sayang juga emak pada anak gadis emak yang comot ney :')


jeling telefon bimbit takde text . haha sebenarnya mengharapkan orang topup oh perangai apakah ini ? buruk benor perangai anda . buncit , rindu awaklah buncit :'( haiyaa dah macam orang angau aku ney haih . okay nabila tabahkan hati lapangkan perut . tahan sikit rindu tu nanti topupla okay . okay hati aku tahan rindu ney :')  buncit , awak tunggu saya tau jangan nak mengada text betina perempuan lain hepp hepp . kan saya dah garang ha takut tak takut tak ? tak takut tidur luar malam ney haha gedik gila aku --' tapi nanti bila saya dah topup jangan nak mengade cakap ' kredit low la ucuk ' sumpah saya tacing sampai akhirat . hepp tak baik menipu nabila okay merajuk lama lama awak pujuk pun saya nak merajuk jugak sebab dah cakap nak merajuk lama lama kalau saya merajuk sekejap nanti awak cakap saya tipu -.-


tiba tiba rindu dekat akim . eh akim mana pulak ney ? alah akim af tu kenal tak kenal tak ? eleh mestila korang kenal sebab nanti korang cakap ' huk eleh kuno gila tak kenal akim tak tengok af lah tu , eh rumah kau takde astro ea ' . vavi . akim ucuk , kaka rindu akim tahu dah lama tak dengar suara akim :( haritu dapat dengar sekejap jea sebab atam tepon kaka sekejap jea kedekut betul atam . haha nanti mesti kena marah dengan atam sebab kutuk dea  -.- atam dah pesan if nak tulis belog mesti kena ada ayat puji dea bergunung gunung bhaha tipu jea lah tak kan atam aku nak cakap camtu haih . eh rindu dekat atam sama :) kena jugak rindu atam sama nanti atam cakap kaka tak adil berat sebelah lebih kan akim jea . siape suruh akim selalu buat suare comel bila cakap dengan kaka , kan kaka dah sangap gatai nak dengar suare hari hari kesian atam . atam tepon jea kaka mesti tanye  ' bucuk , akim ade tak ? ' hee mesti atam geram kan pastu cakap dalam hati ' aku tepon kau memang nak suruh kau cakap dengan budak kecik ney heh ' macam la saya tak tahu haha . ala , atam jangan risau , saya tetap sayang atam lah tak kan sayang orang lain dah haih kan dah jiwang ney sob sob terharu tahu . 


okay lah nak main the sims pulak . aku ade family baru , Buncits Family . dah tak payah nak gelak suke hati aku lah nak letak name ape game aku laptop aku bukan game kau laptop kau heh . eh tadi cakap nak makan terlupa pula niat di hati . makan sambil main the sims lah wah mesti comel :') takde kena mengena heh . okay lah nak melantak asam pedas bye bye .


p/s : I Love You Buncits :) 













Monday, October 25, 2010

semangat .

nak cerita pasal exam lagi . pagi tadi menghadapi kertas matematik tambahan oh memang amat meletihkan betul . sangat tidak bersedia nak menjawab kerana sibuk menonton perlawanan bola malam tadi omg omg ada Torres tahu ! tapi tonton sebentar sahaja sebab encik Ismail bapa mithali gelaran diberi menyuruh anakandanya menstudy buku . siap cakap ' tak lulus nanti siap la ' . eleh nak ugut macam la tak tahu anak mu ini warga bijak pandai . sumpah tipu . okay cerita satu perenggan ney takde kena mengena dengan entri -.-


dapat kertas soalan memang nervous gila . tak tahu makna nervous ? search kat google la nak suruh aku carikan jugak pemalas betul korang -.- . baca doa banyak banyak sampai budak sebelah jeling jeling sebab lama gila baca doa ingat aku berzanji . lepas tu tak dengar arahan terus selak kertas omg omg soalan susah nya . mase jawab mata tak lepas dari menjeling jeling member sebelah mengharapkan bantuan tetapi kehampaan . setelah putus asa ( kena jeling dengan cikgu ) hadap kertas tak pandang kiri tak pandang kanan . baca soalan semua hanya kaku sahaja omg seperti tak pernah belajar add math langsung -.- . hasil nya banyak ruang yang rompong dipandang sepi . 


pengajarannya . study jangan last minute nanti otak susah nak terima ilmu . lepas tu jangan hanya mengharapkan bantuan member member sebab nanti kat kubur korang sorang sorang jugak . paham tak ? paham tak ? angguk sekarang bagus nya . cakap sorang sorang macam orang takde harapan -.-




balik balik sekolah terus text Muhd Hafiz . I Miss You lah buncit :')



Sunday, October 24, 2010

exam woh -.-

start study sebab esok exam . lepas 5 minit rasa bosan selak buku terus keluar teman abah tengok bola . teman ? takde makne abah suruh kau temankan . tiba tiba keluar bilik pergi dapur konon tekak kering then terus duduk depan tb omg omg Torres tengah main oh . sangat mengagumkan sungguh . oh apakah ayat ini ? kesalahan tatabahasa amat . okay dah berhenti merepek . takde kena mengena dengan entri di atas . 

exam . woh minggu ini minggu exam woh jadi mengapakah kau masih bersenang lenang menonton phineas and ferb dan hanya memandang sepi buku pelajaran ? tiada kesedaran sivik langsung . okay dah diam . minggu lepas dah mula exam . and masing masing baru mula gelabah nak bukak buku apa , tanya cikgu chapter apa yang masuk , rehat nanti nak makan apa  omg omg cikgu ada tak soalan bocor ? soalan apakah ? perlu kea tanye cikgu soalan itu dan berharapkan bantuan penuh simpati dari guru mu ? tiada usaha langsung . 

sangat berharapkan keputusan yang memuaskan . ya hanya memuaskan kerana potensi untuk dapat cemerlang hanyalah amat tipis . dan janji janji manis abah hanya dipandang sepi kerana sudah tahu keupayaan diri dan itu amat menyedihkan kenyataannya . sementelaah itu , aku akan berusaha dengan gigih supaya nanti bila jiran tanye emak , emak tak malu nak bagitahu oh janggal betul rasanya -.-

okay lah nak tidur esok kena bangun awal nak jawap exam omg omg teruja nya . sumpah tipu . dah bye .



budak baru belajar

bismillahirrahmanirrahim .


ehem ehem (batuk) gedik gila batuk ehem ehem . selalu kau batuk groh groh bunyi macam enjin kapal terbang woh -.- . gila kuno aku baru sekarang nak buat belog -.- okay buat mata sepet lagi -.- dan lagi -.- okay dah stop ! -.- 


kenapa sekarang ? sebab utamanya minggu ney minggu periksa akhir tahun so kiranya masa yang paling ideal buat belog haha bongok gila ayat kau bella -.- . tapi seriously , minggu periksa la minggu yang paling banyak benda yang ta sedapkan hati berlaku . kenapa ? tanya sorang sorang macam orang takde family -.- mula mula nak tulis kat diary berbekalkan pensel percuma kat tepi buku diary warne pink gambar pooh :') tapi disebabkan diary makin mahal dan makin malas nak pergi maju edar setiap kali buku diary dah habes , maka aku ambil keputusan membuat belog peh baru terfikir nak buat belog bengapnye aku isk T.T


aku mula merasakan aku ney gila kuno macam cikgu rosmawa time perhimpunan hari jumaat (tiba-tiba) . semua remaja-remaja , dewasa-dewasa malah kanak-kanak juga sudah mempunyai belog . maka saya bertanya dalam hati kenapa saya tiada belog ? maka lahirlah belog ini di dunia . okay dah bye .