Wednesday, December 15, 2010

HAHA aku gelak .

Entri nak gempak habis lah konon nya . Sakai . Okay sebenar nya cerita aku hari ney tak gempak mana pun . Kau ingat aku belogger hebat nak cerita gempak gempak ? Macam lah ada orang nak baca belog picisan aku ney .

Semalam aku pergi lepak KFC Sungai Besar . Kau tak tahu kat mana ? Alah senang jea dunia kan serba moden . Pergi google search taip Sungai Besar . Konfem dapat siap sejarah penubuhan tugunegara semua peta pun ada . Aku pergi dengan kakak aku nombor dua dengan member aku , Effy . Kitorang kalau pergi Sungai Besar memang dalam kotak fikiran kitorang KFC . Sebab apa ? Sebab bangunan dia warne merah . Kedai Kassim urban tu langsung aku tak hadap . Jeling pun takut takut . Sebab abah aku cerita kat situ ade guna pelaris . Tahu pelaris ? Ah tak susah . Jasa google dikenang lagi . Kedai makan tu tiap masa full . Siap ade tv flat 56 inci peh peh . Rumah abang CC yang mase aku darjah lima selalu lepak sana dengan Effy layan chatsiber pun takde tv tu . Kira tv kat kedai tu memang mengundang perasaan ketidakpuashati oleh orang orang kaya Sungai Besar . Aku bukan nak cerita pasal tv ataupun kedai urban ada bela hantu tu . Aku nak cerita pasal segerombolan pemuda pemudi yang tidak berperikemanusiaan . Sila berdebar .

Masa dah sampai depan KFC tu , agak hampa lah jugak sebab dah half full . Selalu nye tak lah meriah cenggini sebab hari selase kan hari kerja . Tapi aku terfikir , oh okay tak semua warga Sungai Besar kerja pejabat . Aku akur . Dah beli semua , kitorang naik tingkat dua . Rasa tak urban lah makan kat depan kaunter . Takut nafsu melantak tak dapat dikawal serapi mungkin . Atau lebih kepada ' weh malu gila makan kat bawah nanti ade orang kenal kita , makan atas lah weh , rasa urban sikit boleh usha usha mamat Sungai Besar tu ' . Mula mula tu bergaduh jugak dengan meja sebab nak duduk situ kea sini . Sini kea situ ? Lepas dah beberape jam ( what the ) kitorang bersepakat membawa berkat duduk kat meja sini ( tak yah pening fikir sini tu katne . Aku tak hebat geografi ) Ade satu meja belakang kitorang ney bising ya ampun . Aku syak budak budak Politech sebab yang lelakinye pakai kemeja , yang perempuannye pulak pakai baju kurung . Tapi tak taulah maybe dorang baru lepas daftar kahwin . Sebab gaya dorang kat meja dorang KFC tu agak buas dan tidak sesuai untuk tontonan umum . Yang umur bawah 13 tahun perlukan bimbingan dan pengawasan mata ke mata oleh ibubapa mereka . Apa yang buas sangat ? Tak lah buas kot saja nak bikin gempak haha . Apsal tak kelakar pun ? -.-' Dorang buat medan selera kecintaan kami ini sebagai tempat photoshoot . Aku syak dorang nak letak kat fb . Yang agak agak tak urban tu , dorang bluetooth kat membe letak kat myspace . Terkial kial jugak aku mengawal pernafasan mengumpat mencarut dengan kakak aku dan Effy . nasib baik perilaku kitorang lebih afdal dilihat berbanding mereka . Eh nak carilah fb dorang kot kot jumpa boleh pakat gelak pastu comment ' weh aku pernah tengok lah korang photoshoot kat kfc ' . Bagi dorang bangga sikit jadi anak Malaysia .

Lepas tu ? Dorang belah dari KFC same dengan kitorang . Then aku nampak dorang naik van buruk kaler kelabu . Siap ade driver tau ! Jeles nyah . Sila tampar . Then kitorang belah dari tempat kejadian dengan perut yang ternyata gembira kepuasan walaupun Effy dapat roti Zinger hangus . Haha .

2 comments: