Saturday, November 27, 2010

CERITA SERAM

Semenjak dua menjak ney , berterabur cerita seram di television . Di panggung wayang apatah lagi . Aku bukan suka sangat pun layan cerita seram sebab gen penakut yang amat menebal dalam diri . Ntah ikut siapa ntah . Setakat pergi toilet pukul 4 pagi sorang sorang boleh tahan lagi . Bukan macam adik bongsu aku yang perempuan tu , masuk toilet pun tak reti nak tutup pintu . Toilet pulak sebelah ruang tamu . Ape jadah kau berak nak suruh aku cium ? Vavi -________- Patut lah aku semakin lama semakin kurang berilmu . Penangan bau berak dikau menjadi punca utama . Okay sambung balik , orang tv tu pulak mengada nak siar cerita seram malam jumaat . Konon seram lah . Okay memang seram pun sebab orang tua tua cakap malam jumaat banyak hantu . Hantu apa , tak tahu . Yang aku tahu , kacang hantu banyak la melepak depan simpang masuk taman rumah aku .


Cerita seram yang paling aku suka layan cerita seram korea . Seram dea lain macam sikit . Bagi jenis jenis yang penakut macam aku , boleh bawak mimpi . Silap silap boleh demam . Kalau layan cerita seram masa petang , boleh tahan lagi . Kalau layan time malam , peh ! Silap silap boleh mengigau . Tapi aku takdelah sampai mengigau sebab aku berjiwa kental . Tapi kadang kadang kakak aku cakap aku mengigau time tidur . Tak tahu betul kea tak sebab cakap kakak aku ney bukan boleh caye sangat . Tapi kat astro selalu siar cerita Indon . Tak urban langsung layan cerita seram Indon . Tapi ada gak yang boleh bawak mimpi . Setakat cerita pocong pocong tu , baik aku layan Akademi Al Quran . Berfaedah sikit aktiviti malam aku . Satu malam tu , aku dengan mak aku layan cerita Beranak Dalam Kubur . Tengok tajuk dah tak logik , cerita apatah lagi . Konon seram . Dah lah hantu nye asyik nak muncul jea . Kalau aku yang kena kacau dengan hantu tu pun , aku naik bosan sebab hantu tu asyik muncul jea . Celaka betul cerita tu . Langsung tak merangsang deria penakut aku .


Masa aku Form 1 dengan Form 2 , aku duduk hostel . Konon nak berdikari . Masa mula mula masuk time Form 1 , senior selalu cerita kat kitorang cerita pasal hostel tu . Konon nak bagi kitorang takut . Dorang tak tahu kea aku ney anak muda berjiwa kental . Masa tu malam sabtu , kitorang tak study . Aku dan kawan kawan ku melepak kat bilik study nak main carom . Bilik study kitorang bersebelahan dengan surau dan bilik kosong . Bilik kosong ney nama nya bilik E tapi dikosongkan . Tengah asyik bermain carom , budak budak Form 2 join kitorang main carom . Lepas tu , entah siape yang tanye kat budak Form 2 tu , ' kak , kenape bilik E tu tak gune eh ? Kunci pulak tu ' . Lepas tu , dorang pun pakat cerita , ' bilik E dikunci sebab ada budak mati bunuh diri dulu .' Masing masing terhenti main . Buat muka cuak telan air liur macam tercekik buah mengkudu . Lepas tu , papan carom terus terabai bile masing masing duduk dekat dekat nak dengar cerita dengan lebih lanjut .


Cerita I
Konon nya , masa dahulu kala , asrama puteri B yang kitorang huni masa tu , asrama lelaki dan perempuan . Means ada dua blok jea masa tu . Blok aspura dan blok aspuri .Surau dan bilik study kitorang masa tu dahulunya merupakan Dewan Makan asrama . Makcik dewan makan tu pulak ada anak dara lingkungan belasan tahun . * okay dah jadi ayat karangan bm . Nak dijadikan cerita , ade sorang budak aspura ney bermadu kasih dengan anak dara makcik DM ney . Lepas tu pulak , anak dara makcik DM ney terlanjur dengan budak aspura ney . Tapi dah nama pun lelaki , mana budak aspura tu nak bertanggungjawab . Disebabkan kecewa dan perut pun makin membesar , anak dara makcik DM tu bunuh diri dalam bilik E tersebut . Macamana dea bunuh diri , aku kurang pasti . Tapi , ada jugak yang cerita versi lain . Kitorang yang masih berjiwa mentah dan minda tipikal asyik nak balik rumah jea , mengiakan sahaja cerita cerita budak senior . Pengalaman aku masa kat hostel , tak banyak pun yang seram . Tapi banyak la cerita cerita yang memang serammenggigilcuaksiotnakterkencingpunada .


Cerita II
Masa tu , Shy dengan Shana nak sahur ( puasa ganti ) , dorang mengambil keputusan nak sahur dekat dataran . Dataran tu kat tengah tengah dorm kitorang . Masa tu dorang sahur berhadapan dengan Dorm A . Tiba tiba pintu Dorm A terbukak . Tiba tiba ... ( mulakan karangan anda dengan ayat tiba tiba ) . Hepp tipu jea .Tiba tiba dorang ternampak lembaga seakan akan pontianak betul betul menghadap dorang . Dah nampak benda tu , takan dorang nak main guli pulak . Dorang terus berlari kuak lintang masuk Dorm dorang . Lepas tu heboh la yang dorang nampak pontianak . Malam esok nya , budak budak Dorm A pakat pakat tidur berpasangan .


Cerita III
Benda ney jadi kat diri aku sendiri . Masa tu lepas cuti raya . Lepas cuti raya ney , macam macam benda jadi kat hostel . Konon nya satan satan ney nak lepas geram sebab dah sebulan kena ikat masa bulan Ramadhan . Masa tu , aku terbangun sebab nak terkencing . Aku usha jam besar yang terletak kat dinding Dorm B . Jam tu menunjukkan tepat jam 4 pagi . Mula mula tu , aku niat nak tahan jea sebab lagi 2 jam jea lampu bukak . Tapi pundi kencing aku ney degil betul . Mengada nak mengeluarkan air kencing secepat mungkin . Lantas aku beranikan diri turun katil . Then pergi katil Lilo ajak teman tetapi hampa . Aku kepit kaki aku sebab dah tak tahan dah . Aku kejut lagi dua tiga orang member aku tapi haram jadah dorang nak bangun . Ah aku tak kira , takde member aku tanak pergi tandas . Lantaklah nak terburai kat sini . Aku bermonolog dalam hati . Last last aku kejutkan uya . Mula mula uya pun macam haram tanak bangun . Aku smackdown siku dea baru dea bangun . Rupa rupanya uya pun nak pergi toilet tapi takut . Sia sia betul usaha aku bangunkan member aku yang lain tadi . Aku dan uya dengan pantasnya menuju ke toilet yang berdekatan dengan dorm kitorang . Lepas dah Ahh ! lega , kitorang pun borak borak gelak gelak teringatkan peristiwa nak pergi toilet sebentar tadi . Bila kitorang melangkah kaki nak keluar toilet , tiba tiba terdengar bunyi anjing menyalak dalam dorm E . Dorm E ney betul betul depan toilet . Anjing tu menyalak bukan main kuat lagi . Aku terpikir , ape jadah anjing boleh masuk hostel ? Tanpa membuang masa , aku dan uya lari sepenuh hati . Masuk dorm hempas pintu siot sebab cuak gila nak tidur pun menggigil tak boleh tidur tutup muka guna selimut sampai pukul 6 pagi . Malam tu , kitorang kena panggil dengan Ketua Dorm ( KD ) . Dea tanya kitorang kea yang lari masuk hempas pintu pagi tadi . Kitorang angguk sambil buat muka budak kecik aiskrim terjatuh . Lepas tu , KD cakap dea pun dengar anjing menyalak tu . Dea ingatkan kitorang pergi tengok . Ape jadah budak penakut macam aku nak pergi cek bendalah tu ? Lepas kejadian tu , setiap pagi pukul 4 tepat , mesti aku terjaga .

Thursday, November 25, 2010

Wednesday, November 24, 2010

KAWAN LAMA KAWAN BARU :')

On fb secara membabi buta , maka hasil nya hampa . Tiada siapa yang sudi beramah mesra , maka memesrakan diri menjengah profile orang lain . Ramai rakan rakan seperjuangan daripada bekas sekolah , KUSTECH  online . Maka , memaniskan wajah menggodek foto foto mereka . Ramai yang upload foto foto mereka di sekolah *jealous -________- Secara tiba tiba , merindui suasana hostel oh . Terutama sekali , orang kesayangan Nabila demokk , Nur Shuhada Hasnol , Rus Nur Adilla Rusli , Nur Diyana , Fatin Farahin dan ramai lagi :') Mereka paling rawk di hostel usang KUSTECH tersebut aww . Nanti saya santapkan anda dengan foto foto mereka . NANTI yaa NANTI . Entri akan datang mungkin :) Entri hari ney nak cerita masa lalu di KUSTECH :) Yang manis manis jea tauu .


First sekali , mendaftar masuk . Buat muka innocent macam mula mula masuk tingkatan satu konon konon culture shock masa mendaftar . Kenalah bagi cikgu tu first impression yang terbaekk . Dah selesai pendaftaran , bayaran segala , daftar masuk hostel pulak . Ada akak pengawas tu lupa lah nama beliau jadi GPS aku tunjuk segala tempat yang ada kat hostel tuu . Siap ajar macamana nak pasang cadar lagi macam lah aku tak pernah tinggal hostel before this -_______- Oh maybe sebab akak pengawas tu tengok muka aku then terus buat penilaian rawk eh salah RAWAK , ' budak ney muka kesian gila oh tak pernah duduk hostel agak nya , anak manja kot tak pernah tinggal jauh dari family ' , maka dengan baik dan jujur hati nya , beliau memasangkan cadar PINK pada katil yang telah dipilih . Tak sia sia lakonan pada hari ini .


Then , akak pengawas tu jadi GPS lagi . Dea tunjuk kelas aku yang kat tingkat 4 . Pehh boleh kering aku yang dah sedia kering nak mendaki tangga tangga kejayaan tu . Tapi demi cita cita dan harapan keluarga yang jauh di perantauan , ku gagahi jua * terus pasang lagu jika kau fikirkan kau boleh . Dah sampai kelas aku iaitu 4M5 ,ada 5 orang bebudak lain yang sedia ada dalam kelas tu . Sorang perempuan , 4 lelaki . Then , kenal budak sorang ney , Aliff Ilham . Budak ney muka poyo jea . Selebet gila . Maklumlah , budak KL . Sekali pandang , rasa nak lempang . Dua kali pandang , rasa nak sayang . SILA MUNTAH . Dalam kelas tu ada 6 orang jea campur aku , sebab kitoang third intake . Kelas pun baru bukak hoho . Rasa girang dalam hati *pasang lagu jingle bell . Seminggu lebih tak belajar sebab tunggu budak lain masuk . Dah habis sampai fifth intake , baru start belajar . Belajar pun lancar jea , sebab budak kelas pun ada 13 orang jea . So , agak agak la kalau kau rasa nak ponteng kea , dah cadang nak copy buku latihan member kea , memang tak dapat lah kan . Sebab cikgu senang jea nak detect . Haha . Then bila takde cikgu , ruang belakang yang gila luas boleh buat gelanggang sumo tu jadi tempat eksklusif Aliff shuffling syok sendri , gelak gelak sendiri macam orang takde kawan -.- * tak sangka aku pernah jadi kawan dea . 


Lokasi terhebatt , Hostel . Sebab ada teman teman kesayangan , selalunya betul betul menjadi teman bila nak amek order wantan kat bawah , cuci muka or buang air kat tandas bawah sebab tandas atas gelap or banjir -.- , nak mandi tapi tandas kosong then ajak member yang dah pasang niat nak mandi tapi selalu tergendala sebab aktiviti makan dan bila nak iron baju sekolah sambil sembang kuat kuat ambil mood pasar malam . Tak cukup lagi , bila warden dah buat pengumuman suruh tutup lampu bilik , baru ada aktiviti sebenar . Masing masing keluarkan fon dari tin biskut Munchy's , tak pun masak meggi guna air amek kat DM . Aktiviti paling asyik , MENGUMPAT . Selalunya aku tak join , sebab aku nak umpat siapa oh ? Tak kenal siapa siapa lagi masa tu selain budak bilik aku --' Oh kelemahan aku , tak ingat nama budak budak hostel . Gila kejam aku . Bayangkan budak tu tahu nama aku siap ajak sembang lagi . Dah pung pang pung pang baru aku tanya nama dea . Sadis betul . Lepas kejadian tu , semua yang sembang dengan aku siap cakap ' ingat tak nama aku ? ' wuuuu kejam gila pertanyaan . Rasa macam dah jadi nenek nenek si bongkok tiga -_____-


Cerita selanjutnya , entri seterusnya yaa teman teman :)


* Rindu awak , Nur Shuhada , Rus Nur Adilla , Erva Natasha , Fatin Farahin :')



GILA VAVI .

Gah ! Pagi tadi dikejutkan dari tidur oleh sepupu kecil , Zikri . Pagi pagi dah datang merempat rumah aku . Eh pembetulan , rumah KELUARGA ku . Masuk  bilik aku yang kemas seperti kandang kambeng , berlari lari anak ke katil dan menjerit halus ' bangun , bangun . Dah pagi lah bangun la cepat ' . Weh apasal sesuka hati terjah masuk bilik aku weh . Kau ingat kau Nas Ahmad nak buat terjah terjah ney . Haih budak kecik ney . Dah lah aku tidur gaya bebas . If rakam letak kat YouTube , boleh kalah Justin Bibir . Dengan terpaksa , bangun dengan muka teruja , basuh basuh muka , bukak tudung saji . Oh rajin emak masak hari ney . Roti sardin telur macam tak disentuh langsung oleh adik adik ku . Tiba tiba rasa misteri . Selalunya if bangun tidur , sure sure tak dapat breakfast langsung . Sebab emak suka masak sikit , then adik adik ku pulak sebijik macam pirana . Sungguh seronok pagi ini kerana dapat breakfast :)


Then , carik budak kecik tu pulak . Carik punya carik , budak kecik tu kat dalam bilik Hisyam , syok syok main PS2 bergandingan dengan Hisyam . Datang sini pagi pagi rabun semata mata nak ajak Hisyam main PS2 . Sadis betul . Siapa suruh jadi anak tunggal .  Hepp apa ini Nabila , jangan salahkan ibu mengandung . Dah rasa bosan buli budak kecik tu , terus masuk bilik hadap lappy . Oh tak terasa nak bukak fb , cuma nak main game sahaja . On fb pun rasa haram , budak budak yang online bukan nak tegur . Sombong tak bertempat . Hepp apa merungut . Then tiba tiba ,


                                                    1 Message Received .


                           Unknown : hye budak comel .
                           Aku        : WTH ? kau apsal -.-
                           Unknown : ney bella kan ? dapat jugak i no you .
                           Aku        : haha BODOH kea ? kau siapa ? --'
                           Unknown : garangnye you . cium kang . haha
                           Aku        : BODOH SIAL . dah lah bye .
                           Unknown : alaaa , sombonglah you .
                                          sombong you tu tak ke mana pun .
                                          kena rogol dengan i nanti ,
                                          senyap jugak .


WHAT THE HELL !




SUMPAH aku terus off fon -___________________________-




* TOLONGGG !

Tuesday, November 23, 2010

PEREMPUAN -_________-



Maafkan saya kerana hari ney post sampai tiga entri . Sebab apa ? Sebab ada BETINA ney perangai macam SIOT jea kan . Okay berbalik kepada Rajah 1.1 di atas , ada jugak PEREMPUAN BETINA macam tuu kan haih --' Kat fb kau terang lagi bersuluh tulis In a relationship with ****** , tapi menggatai PUKI dengan JANTAN lain . STUPID lah perangai kau tu . Aku baca wall kau dengan JANTAN tu pun dah rasa geli geliwoman kau tahu . Haih BETINA macam kau wujud lagi rupa nya -_____-




* If apz buat curang belakang aku , aku BACKHAND  beliau . Serius wokk . Awak baca ini kan sayang , so jangan buat muka tapir awak yang comel tu .


                                                         ILY Bantal Busuk :) 

APABILA BOSANGG -_________-









                              Wajah wajah TAPIR yang comel :) SILA MUNTAH .


* ada orang cakap pipi aku makin kembung -______- . Hepp mana ada oh . Pipi selim melim macam penagih dadah lah grr * tak sentuh pun benda tu -.-

SUNSHINE :)

        DAH OKAY DAH DENGAN BANTAL BUSUK SAYA :')


Petang tadi around 1 , buncit saya text :') Then kitorang dah baik balik :') Senang jea kan awak maafkan saya . Thanks sayang bucuk bucuk . Tambah satu kilo sayang saya kat awak :D


MOHAMAD HAFIZ BIN RAHMAT ,


Awak kena buat betul betul tau SPM ney , jangan main main . Jangan buat macam ambil lesen motor pulak grr -________-  Saya sentiasa doakan awak bucuk bucuk .


* petang tadi sesunggut , sesungut ? or senggugut ? Ah tak kisah lah . Kepala rasa berat sangat , rasa macam otak dah bertambah kembang dan berat * bukan berat dengan ilmu lah  -______- Off lappy , terus tidur . Then buncit bucuk text , reply sedar tak sedar jea oh . Dari pukul 2 , bangun tidur pukul 6 petang . Bagus betul anak dara pokcik Mail ney -______-








Monday, November 22, 2010

BROKEN HEART T.T

Malam tadi gaduh dengan buncit sayang oh :( Semua gara gara IM aku dengan Azlin . TERkantoi pulak pasal BENDASING tu kan . Apz dah lah memang tak suka langsung aku hadap BENDASING tu . Salah satu sebab nya , aku PEREMPUAN . Salah dua sebab nya , aku SAKIT dan banyak lagi salah sebab nya isk . Tengah syok layan Muzik Muzik , tetibe ,


                                                    1 Message Received .


                                Buncit :) : dah lama buat keja berasap nie ?
                                Saya      : keja ape ?
                                Buncit :) : merokok le ,huh !
                                Saya      : oh , marah kea ?
                                Buncit :) : pi la isap sampai mampos , butoh 
                                Saya      : butoh ? err okay .
                                Buncit :) : janji macam babi blablabla .


Lepas tu , dah macam okay sikit . Then buat ss calling dengan apz . Mula mula borak macam biasa jea , then tetibe TERbangkit pulak pasal hal BENDASING tu . Then mula lah apz marah marah semua . Aku ? Hanya mampu TERdiam gigit bibir sampai lebam . Tak cukup itu , gigit bantal busuk ultraman aku sampai TERkoyak isk :'( Tapi memang salah aku pun , gatai sangat bontot nak buat benda yang apz tak suka . Kan dah dapat balasan cash T.T . Then dah lepas habis calling , aku text dea . Dea still marah lagi :( Then apz reply , ' hey , jalan terbaik , kite putus ok ? ' WHAT THE GUCCI -________- Jalan TERBAIK ? Senang lah reply macam tu kan T.T . Then apz cakap , dea tak akan percaya kat aku langsung lepas ney :( Pehh ! Time dea cakap macam tu , SUMPAH nak MENANGIS MILO T.T , Rasa macam nak lempang peserta Mari Menari time tu jugak -________-


Sorry sayang :( Dah lah awak SPM hari ney , oang buat hal pulak . Makwe awak ney memang gedik . Suka sakitkan hati orang kesayangan :( Saya berharap sangat , awak boleh maafkan saya . Saya tak boleh nak janji sumpah segala bagai lagi . Awak dah tak percaya kat saya lagi kan :'( Tapi takpe , saya akan berusaha untuk ambil balik kepercayaan awak supaya awak percaya kat saya , makwe awak yang comel GEDIK ney .




* Saya Sayang Awak , Bantal Busuk :')

SYOK NYA HOLIDAY :D

Akhirnya , terbuka juga pintu hati nak melawat belog kesayangan :') Dah lama kot tak update belog . Bukan sengaja , tetapi tangan ney rasa geli dan gatal jea bila nak taip Blogger.com . Maka , belog kesayangan terabai begitu sahaja . Kesian awak belog . Jahat sungguh Madam awak , macam ibu tiri . Oh jangan salah sangka , tak semua ibu tiri jahat . Tapi kebanyakan nya , memang jahat dan kejam macam nenek kebayan . * okay pengaruh drama terlampau lampau -____________-

Cuti ney , tak layan drama Melayu , Indon , Thailand dan segala jenis drama yang bersepah sepah kat tv tu . Lebih berpihak kepada lappy Acer kepunyaan kaka tersayang ataupun buku nota hak milik keluarga dan earphone sumbangan Mp3 yang lama terabai :') Hepp , jangan salah sangka . Bukan hanya nak sign in Facebook jea tahu , nak main game juga :) Game kesayangan , The Sims . Oh ketinggalan gila main yang lama  -__________- Mampos sana , lappy aku game aku . Kau baca belog aku , duduk diam diam , makan pisang goreng cicah madu . Jangan nak kutuk kutuk hobi kesayangan aku :')

Oh adik bongsu aku , dah pandai ber-Facebook okay . Gila maju kau --' . Hello , you are only ten lah demokk . Aku dulu , baya baya kau , main panas sana hitam kan kulit . Tak pun main timbang bantal . Bila aku tegur , nak tahu dea jawap apa ? ' Hello , dunia dah maju okay ' . WHAT THE FISH betul -________- Nasib lah kau adik kandung aku , darah daging aku , air di cincang tak akan putus -.- Then sekarang , dea yang kuasai semua lappy yang ada dalam rumah dan tangga keluarga kami . Hebat tak hebat oh -.-

Oh lupa , HAPPY SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DAY :) Kepada semua pelajar tingkatan 5 2010 , Do The Best okayy :) Banggakan ibu bapa korang , dan buktikan kepada mereka korang boleh :) GOOD LUCK :)


* SAYANG , GOOD LUCK TOMORROW . SAYA DOAKAN AWAK BUAT YANG TERBAIK . BUAT YANG HABIS BAIK SEHINGGA KE TITISAN PELUH YANG TERAKHIR TAU . SAYA SAYANG AWAK :')

Saturday, November 6, 2010

MERDEKA

Bila korang baca entri di atas , mesti korang bisik dalam hati ' eh merdeka dah lepas lah , mabuk apa minah ney ' hepp , apa cakap begitu ? tidak sopan sungguh . maksud saya exam dah habis . gedik betul korang nak kena explain seketul seketul . hepp . mesti korang dah rasa lega gila pastu jerit kuat kuat MERDEKA . angguk sekarang , jangan nak tipu . selepas paper last , saya pun jerit di rumah tetapi saya jerit ' argh , lapar gila siott ' . selepas jawab exam pasti perut berasa lapar , saya pun tidak tahu mengapa . padahal , masa waktu rehat dah bantai nasik lemak sepinggan dengan keropok lekor 5 batang . bayangkan betapa lapar nya saya sebagai seorang penjawab exam -.- perut sentiasa berbunyi ketika menjawab exam maka menjawab dengan sucks . jangan salahkan ibu mengandung , semua ini salah perut . siapa suruh keluar bunyik sebijik macam kentut Ayep masa exam , kan dah tak fokus nak jawab exam maka menjawab dengan hampa *alasan dapat result failed -.-


cukuplah cerita pasal exam , seperti tikus membaiki labu -.- oh nak tanya , macam mana nak mencerahkan wajah dan memuluskan kulit wajah ? jangan ketawa , saya serius . wajah saya semakin hari semakin menyedihkan . amat tidak berkeyakinan apabila berkeluaran . apabila berjerawat , saya suka picit sebab saya geram sangat . justeru , wajah menjadi seperti bulan dipagar bintang -.- hidung saya pula dipenuhi tompok hitam . amat hodoh lah grr .kulit saya pula semakin hitam dan berbelak . oh bantulah saya :( seperti hendak menepek kasut sekolah yang tidak berbasuh sebulan ke muka ini . isk . amat cemburu melihat wajah teman teman sepermainan . teringat lagi masa kecik kecik suka main comot maka wajah pun jadi comot dan selekeh . bila dah remaja , korang lawa lah gila . aku ? err okay tutup muka guna kotak sekarang -.-


esok malam hendak menghantar makcik kesayangan ke Kelana Jaya kerana beliau hendak pergi menunaikan Rukun Islam yang ke 5 iaitu apa murid murid ? menunaikan haji . pandai murid murid sep bontot jom . haha :D dah prepare kertas seminggu lebih awal nak suruh makcik doakan untuk saya . salah satu doa saya , ' Ya Allah Ya Tuhan-ku , semoga Nur Nabila bte Ismail mendapat jodoh yang beriman , beramal soleh dan dapat membimbingnya ke arah kebenaran . Amin ' , jangan gelak , tak lawak pun . okay nak gelak gelak lah , memang lawak pun kan . tak mintak pun cepat cepat , lima tahun akan datang pun tidak apa . yang penting cukup semua yang saya minta itu . korang tak payah nak cakap macam macam , if korang nak suami pun mesti nak yang perfect . kan kan ? :)


okaylah nak tidur . eh sebelum tidur , basuh kaki gosok gigi minum susu dan baru tidur . comel nya minum susu sebelum tidur :') bye bye .

Friday, November 5, 2010

SENGAL DAY :D

sebenarnya semalam yang nak lepak nya sebab ada nanie dengan toha tapi takde siapa nak ambil saya isk maka tertunda ke hari jumaat :) yeah teruja gila nak lepak dengan diorang sebab gila lemau saya duduk kat rumah -.- maka pada pagi jumaat yang indah , bangun tidur buat muka teruja , gosok gosok mata , bangun dari katil , pergi meja makan , angkat tudung saji , gosok gigi basuh muka , ambil pinggan tarik kerusi dan makan . seronok nya aktiviti pagi saya -__-


lepas mandi gosok badan segala , terus bukak laptop dan online fb :) online berlebam lebam sehingga pukul 3.40 petang , then tutup laptop , tukar baju dan seluar dan siap . semudah abc . maka pasti anda tidak merasa hampa mahupun bengang dalam hati menunggu saya bersiap :) lepas dah siap segala , text azlin tapi beliau sedang beraya . heh semangat betul . beliau menasihati saya supaya bersabar maka saya bersabar . acab pun sudah bertanyakan tentang rencana kami takut tidak jadi lagi . maka saya menunggu beliau dari pukul 4.20 petang sehingga 5.40 petang . gigih kan saya :') selepas itu terus memecut * bukan merempit ke tempat yang ditetapkan iaitu KAFE STRAWBERRY :) agenda seterusnya , menunggu kehadiran acab dan anep .10 minit kemudian , mereka pun tiba di kafe tersebut :) 


heh acab , kau memang SENGAL lah gila . penat aku gelak tahu :') orang dalam kafe tu pun dah pandang pelik tengok kau . nak buat pelik jangan heret aku sama haha :D nasib baik anep cool jea . if kepala otak dea pun macam kau , sumpah kafe tu runtuh haha :D tapi serious , best gila kot lepak dengan korang . acab buat lawak bodoh sampai putus urat ketawa aku tahu xD lepas tu , dah lah kau makan laju GILA . kebulur sangat kot haha :D aku makan nugget seketul dah kenyang sebab dah beku kat dalam kafe tu xD 


azlin balik dalam pukul 7 petang sebab dah gelap . kak ain pun tak sampai lagi then acab dengan anep bermurah hati nak temankan aku haha :') thanks tau temankan aku . if tak mesti mamat bangla dah culik aku --' time tunggu kaka aku sampai , korang tanya macam macam kat aku , ' weh , aku dah tinggi kan ?  ,' weh , muka aku muka ada awek tak ? ' dan macam macam lagi soalan bangang haha :D dengan penuh kesabaran aku pun menjawab sejujur yang mungkin hehe :D lepas tu korang tinggal kan aku sorang sorang isk . sumpah seram sejuk . then aku mengambil keputusan pergi lepak kedai topup usha usha telefon bimbit . 15 minit kemudian , kak ain pun sampai fuh selamat aku . then acab text aku tanya aku okay tak . thanks sebab prihatin pasal aku :') nak lepak dengan korang lagi oh . suka suka :D


* azlin , jangan nak buat cerita okay . saya sayang apz saya :)

Tuesday, November 2, 2010

DAMMIT

kertas first dapat matematik moden and guess what , aku FAILED lah gila isk -.- seriously cuak gila nak bagitahu abah . tadi usha paper lain pun tak tinggi sangat markah . isk BODOH gila aku ney . apasal bengap sangat hah . 

okay lah nak memaki diri sendiri . bye
      

Monday, November 1, 2010

huh

sumpah nak jerit kuat kuat . sepatutnya tadi last paper aku happy gila , tapi dah lain pulak jadi nya huh -.- apasal pulak tanak ambik kertas aku ? aku meniru kea ? FUCK OFF lah kau ! lantak lah kau cikgu aku kea tak . aku tak puas hati kat kau lah BABI . sumpah kau dah buat aku benci gila subjek kegemaran aku . budak lain meniru boleh pulak kau buat bodoh jea . aku sembang lain kot , apasal kau nak fikir lain ? fikir aku batak sangat nak meniru . aku tanye ateng jea . tu pun siket . BODOH lah nak black list aku . fikir aku kesah kea . dah takde mood aku nak pergi sekolah esok nak hadap muka kau huh -.- kalau kau nak failed kan BI aku pun aku tak kesah lah PEREMPUAN . tak hadap pun markah kau tu -.-


korang nak kutuk aku , kutuk lah . fikir aku kesah . aku yang tanggung dosa korang senyap dah lah huh -.- tak payah nak hentam aku . duduk diam diam jaga hal masing masing . kalau tak suka tak payah baca belog aku huh -.-


* aku tak kan tarik balik kata kata aku ney . TITIK .