Friday, November 5, 2010

SENGAL DAY :D

sebenarnya semalam yang nak lepak nya sebab ada nanie dengan toha tapi takde siapa nak ambil saya isk maka tertunda ke hari jumaat :) yeah teruja gila nak lepak dengan diorang sebab gila lemau saya duduk kat rumah -.- maka pada pagi jumaat yang indah , bangun tidur buat muka teruja , gosok gosok mata , bangun dari katil , pergi meja makan , angkat tudung saji , gosok gigi basuh muka , ambil pinggan tarik kerusi dan makan . seronok nya aktiviti pagi saya -__-


lepas mandi gosok badan segala , terus bukak laptop dan online fb :) online berlebam lebam sehingga pukul 3.40 petang , then tutup laptop , tukar baju dan seluar dan siap . semudah abc . maka pasti anda tidak merasa hampa mahupun bengang dalam hati menunggu saya bersiap :) lepas dah siap segala , text azlin tapi beliau sedang beraya . heh semangat betul . beliau menasihati saya supaya bersabar maka saya bersabar . acab pun sudah bertanyakan tentang rencana kami takut tidak jadi lagi . maka saya menunggu beliau dari pukul 4.20 petang sehingga 5.40 petang . gigih kan saya :') selepas itu terus memecut * bukan merempit ke tempat yang ditetapkan iaitu KAFE STRAWBERRY :) agenda seterusnya , menunggu kehadiran acab dan anep .10 minit kemudian , mereka pun tiba di kafe tersebut :) 


heh acab , kau memang SENGAL lah gila . penat aku gelak tahu :') orang dalam kafe tu pun dah pandang pelik tengok kau . nak buat pelik jangan heret aku sama haha :D nasib baik anep cool jea . if kepala otak dea pun macam kau , sumpah kafe tu runtuh haha :D tapi serious , best gila kot lepak dengan korang . acab buat lawak bodoh sampai putus urat ketawa aku tahu xD lepas tu , dah lah kau makan laju GILA . kebulur sangat kot haha :D aku makan nugget seketul dah kenyang sebab dah beku kat dalam kafe tu xD 


azlin balik dalam pukul 7 petang sebab dah gelap . kak ain pun tak sampai lagi then acab dengan anep bermurah hati nak temankan aku haha :') thanks tau temankan aku . if tak mesti mamat bangla dah culik aku --' time tunggu kaka aku sampai , korang tanya macam macam kat aku , ' weh , aku dah tinggi kan ?  ,' weh , muka aku muka ada awek tak ? ' dan macam macam lagi soalan bangang haha :D dengan penuh kesabaran aku pun menjawab sejujur yang mungkin hehe :D lepas tu korang tinggal kan aku sorang sorang isk . sumpah seram sejuk . then aku mengambil keputusan pergi lepak kedai topup usha usha telefon bimbit . 15 minit kemudian , kak ain pun sampai fuh selamat aku . then acab text aku tanya aku okay tak . thanks sebab prihatin pasal aku :') nak lepak dengan korang lagi oh . suka suka :D


* azlin , jangan nak buat cerita okay . saya sayang apz saya :)

2 comments: