Saturday, November 6, 2010

MERDEKA

Bila korang baca entri di atas , mesti korang bisik dalam hati ' eh merdeka dah lepas lah , mabuk apa minah ney ' hepp , apa cakap begitu ? tidak sopan sungguh . maksud saya exam dah habis . gedik betul korang nak kena explain seketul seketul . hepp . mesti korang dah rasa lega gila pastu jerit kuat kuat MERDEKA . angguk sekarang , jangan nak tipu . selepas paper last , saya pun jerit di rumah tetapi saya jerit ' argh , lapar gila siott ' . selepas jawab exam pasti perut berasa lapar , saya pun tidak tahu mengapa . padahal , masa waktu rehat dah bantai nasik lemak sepinggan dengan keropok lekor 5 batang . bayangkan betapa lapar nya saya sebagai seorang penjawab exam -.- perut sentiasa berbunyi ketika menjawab exam maka menjawab dengan sucks . jangan salahkan ibu mengandung , semua ini salah perut . siapa suruh keluar bunyik sebijik macam kentut Ayep masa exam , kan dah tak fokus nak jawab exam maka menjawab dengan hampa *alasan dapat result failed -.-


cukuplah cerita pasal exam , seperti tikus membaiki labu -.- oh nak tanya , macam mana nak mencerahkan wajah dan memuluskan kulit wajah ? jangan ketawa , saya serius . wajah saya semakin hari semakin menyedihkan . amat tidak berkeyakinan apabila berkeluaran . apabila berjerawat , saya suka picit sebab saya geram sangat . justeru , wajah menjadi seperti bulan dipagar bintang -.- hidung saya pula dipenuhi tompok hitam . amat hodoh lah grr .kulit saya pula semakin hitam dan berbelak . oh bantulah saya :( seperti hendak menepek kasut sekolah yang tidak berbasuh sebulan ke muka ini . isk . amat cemburu melihat wajah teman teman sepermainan . teringat lagi masa kecik kecik suka main comot maka wajah pun jadi comot dan selekeh . bila dah remaja , korang lawa lah gila . aku ? err okay tutup muka guna kotak sekarang -.-


esok malam hendak menghantar makcik kesayangan ke Kelana Jaya kerana beliau hendak pergi menunaikan Rukun Islam yang ke 5 iaitu apa murid murid ? menunaikan haji . pandai murid murid sep bontot jom . haha :D dah prepare kertas seminggu lebih awal nak suruh makcik doakan untuk saya . salah satu doa saya , ' Ya Allah Ya Tuhan-ku , semoga Nur Nabila bte Ismail mendapat jodoh yang beriman , beramal soleh dan dapat membimbingnya ke arah kebenaran . Amin ' , jangan gelak , tak lawak pun . okay nak gelak gelak lah , memang lawak pun kan . tak mintak pun cepat cepat , lima tahun akan datang pun tidak apa . yang penting cukup semua yang saya minta itu . korang tak payah nak cakap macam macam , if korang nak suami pun mesti nak yang perfect . kan kan ? :)


okaylah nak tidur . eh sebelum tidur , basuh kaki gosok gigi minum susu dan baru tidur . comel nya minum susu sebelum tidur :') bye bye .

No comments:

Post a Comment