Thursday, October 28, 2010

sick itu sakit .

ya semenjak dua menjak tiga menjak ini , badan aku rasa tidak selesa sungguh . lebih lebih lagi di bahagian kepala . sakit kepala memanjang haih . mungkin sebab terlalu sesak ilmu di kepala ini sampai tidak mampu di tanggung heh . dekat sekolah okay jea tapi bila dah balik rumah mula lah sakit kepala tu datang menyerang . semalam sangat parah hingga menangis nangis macam budak kecil -.- . kerana itu tidak menulis belog isk . emak dah bising bising suruh telan panadol . emak , dah sepapan anak mu telan panadol tu tahu isk . selepas habis cerita Chinta terus ketiduran . kena jugak tengok cerita Chinta kerana Adi Putra sangat terlampau amat sungguh kacak ngeh ngeh . lihat lah bagaimana taksub nya aku terangkan kehandsomeman beliau ini kerana aku minat gila kat beliau woh . Rasul Iman nama diberi sungguh menarik eh eh nak jugak lah nama itu letak kat anak ahaks berangan terlebih --' eh apa ini sudah lari tajuk . biasalah tu kan heh . selepas tamat cerita Chinta terus lompat atas katil bergomol bersama bantal busuk tersayang :') niat di hati hendak tidur sebentar sahaja kerana hendak menstudy Physics tetapi terbangun sudah pukul 12 malam oh sudah terlajak perahu boleh di undur meneruskan ketiduran maka tidak menstudy Physics --'


oleh yang demikian , menjawab kertas pagi tadi amat mendukacitakan . menjawab soalan seperti beruk mendapat bunga -.- sangat tension dengan keadaan di atas dan terus menangis dalam hati T.T oh pagi tadi ada perempuan ini perangai sangat menjengkelkan . sabarlah hati -.- harap jea budak form 6 , tapi perangai macam budak form 1 heh . pakai tudung pendek nampak tali bra , stoking pendek nampak kaki hitam bulu , pakai celak dan segala lagi . dan yang hairan nya perempuan ini seorang PENGAWAS ! percaya tak percaya tak ? tak percaya pergi basuh kaki dan muka anda , nak isi perut pun boleh , pastu baca belog aku balik sebab memang betul lah kenyataan itu . mungkin beliau rasa beliau paling tua dan paling besar , ya PALING besar okay , maka beliau berkelakuan seperti demikian . okay cukuplah menambah dosa untuk hari ini . nanti nak kutuk puas puas dengan Gee then gelak kuat kuat sampai lebam haha .


esok paper Chemistry nak buat betul betul sebab nanti pasti menyesal if dapat result tak elok isk --' pastu dah menyesal nanti barulah emak bersuara ' baru nak menyesal ' heh dah biasa kot menyesal menyesal ney . mula mula jea menyesal pastu dah okay boleh gelak gelak dan main the sims puas puas seperti tiada apa berlaku . vavi . sabtu ney pergi Lumut yeyeh abah bagitahu haritu sebab ada ape entah tak dengar penerangan selanjutnya sebab dah teruja lompat lompat sampai terhantuk siling . sumpah tipu . tapi mesti tak best sangat sebab tak ada Kak Aien sama :'( kebiasaan nya kalau keluar bercuti mesti best sebab Kak Aien ada sama so nanti boleh jalan sama sama gelak sama sama then Kak Aien boleh tolong pilih barang . rindu semua itu :') sekarang Kak Aien dah jauh dah jarang membuat aktiviti bersama . rindu Kak Aien :') sekarang bila keluar dengan family pun jalan sorang sorang , gelak sorang sorang pastu pilih barang sorang sorang seperti orang takde harapan isk -.- nanti Kak Aien balik dah tempah dea dulu nak pergi tengok movie sama sama :') nanti jangan cakap ' nak keluar dengan kawan aku lah , esok lah ea ' sumpah tak nak dengar luahan hati kau lagi T.T 


rindu awak jugak Muhd Hafiz :)

No comments:

Post a Comment